Gempar! Gambar Bogel Mantan ADUN Jawi..

Tindakan terdesak dan sungguh biadap dari puak pakatan haram dengan menyamakan Puan Tan Cheng Lian, Ketua Wanita MCA Negeri / Mantan ADUN Jawi sebagai pelacur jalanan amatlah dikesali sama sekali.

Mereka ni sanggup buat apa sahaja untuk burukkan dan malukan orang lain. Mungkin ini agenda jahat untuk menjatuhkan maruah beliau yang kini semakin mula disenangi oleh rakyat cina di Nibong Tebal.

Apa yang A.S perhatikan, Tan Cheng Liang dah menjadi ADUN jawi selama 2 penggal sebelum ini dan masyarakat cina pada ketika itu amat mudah dan mesra dengan beliau.

Namun dengan siri turun padang yang dilakukan oleh beliau untuk meraih kembali kepercayaan kaum cina di DUN Jawi dimana 70% adalah pengundi cina, A.S harapkan satu momentum dan indikasi yang baik terhadap penerimaan orang cina terhadap beliau dan seterusnya kepercayaan terhadap BN di Parlimen Nibong Tebal.
pic hiasan

Ketua Wanita MCA negeri dakwa dilabel 'pelacur'

Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang kesal tindakan sebuah blog laman web Wordpress yang memfitnah pemimpin dan ahli-ahli wanita sayap Pemuda parti sebagai pelacur.

Tujuh orang ahli yang digelar sebagai 'gadis glamour MCA' itu mencuri tumpuan apabila media menyiarkan gambar mereka di dada akhbar semasa menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda di Kuala Lumpur minggu lalu.

Hari ini, ketua wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang mendakwa laman web yang dikendalikan oleh organ media PKR, Suara Keadilan memaparkan gambar-gambar wanita bogel dalam kedudukan yang menghairahkan dan melabelkan dirinya sebagai "pelacur Chulia Street".

Tan, bekas ADUN Jawi membuat laporan polis di Nibong Tebal semalam, selepas dia dimaklumkan mengenai laman web yang katanya telah mencemarkan nama dan maruahnya itu.

Tan berkata beliau membuat laporan itu selepas menerima panggilan telefon daripada seorang anggota MCA Bukit Bendera Tan Khai Beng yang dimintanya melayari www.suarakeadilan.wordpress.com.

Dalam laman ini, katanya, beliau mendapati namanya dalam satu catatan blog yang menyifatkan beliau sebagai "Pelacur Jalan Chulia".

"Apabila saya membaca itu, saya berasa marah kerana laman web ini telah mencemarkan maruah dan imej dan menghina saya," katanya kepada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

1 comment:

praha2 said...

baguslah kalo, dah ambil tindakan. ini mempertahan kan kobonaran. bukan macam sianwar tu oran dah tunjuk gambar dan video tapi tak nafi dan tak borani nak buet laporan polis. sobabnyo perkaro tu bonar. meliwat. dan yang soran lagi ni anak nyo momoras nenen budak sekolah samo tapi tak nafi dan tak borani nak buet laporan. jadi benar lah terjadi. Kalo slah buet laporan biar PRDM buet siatan baru dikatokan adil. syabas borani korano bonar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...