Hari-Hari Orang Keluar PAS Masuk UMNO.. Bye-Bye PAS..

Seramai 20 penyokong PAS dari Cawangan Kampung Padang Limau di Kota Kuala Muda dekat sini keluar parti itu dan menyertai UMNO hari ini.

Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Othman Aziz dan turut disaksikan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Mohammad Firdaus Zakaria.

Pada majlis itu di sini, 50 lagi anggota baru dari kampung itu dan Kampung Bukit Lalang menyerahkan borang keahlian UMNO.

Bekas Pengerusi Tetap PAS Cawangan Kampung Padang Limau, Mohd Akhir Hassan, 48, berkata dia yang menyertai PAS sejak 10 tahun lalu berasa tidak puas hati dengan kepimpinan PAS sekarang yang banyak menabur janji kosong tanpa menjalankan kerja dengan sempurna untuk masyarakat setempat.

“Yang saya paling geram apabila pada satu ketika ada individu dalam PAS ini kata kepada saya kalau hendak senang pergi masuk UMNO.

“Situasi ini menjadikan saya betul-betul kecewa dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke dalam UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian.

Bekas Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung Padang Limau Mohamad Rizal Ramli, 33, berkata sistem pentadbiran PAS tidak sistematik dan gagal merealisasikan keperluan golongan muda pada masa ini.

AS: Jangan duk syiok sendiri atas keadaan ini. Sebelum PRU2008 banyak juga cerita begini. Namun akhirnya, terduduk jugak!
Usaha keras tetap perlu digemblengkan sepenuhnya untuk memenangkan UMNO/BN pada PRU13 ini!

2 comments:

Nok said...

kita kata org2 Pas ramai msk umno...harap2 begitulah...saya sebagai org melayu memang ada perkara yg tak setuju dgn umno, tapi bila teringat dlm pakatan ada parti komunis DAP... saya akan terus dulu kini selamanya menyokong UMNO dgn tidak berbelah bagi...

Tapi Najib kena ingat, masa rombakan kabinet nanti....buang lah menteri2 yg tak perform contoh, Hisammudin, Nazri, Ismail Sabri,dan ramai lagi...demi kebaikan rakyat dan negara.....

Anonymous said...

esmo mas
sama la pikiran kawan nok... meskipun banayk masalah dalam UMNO ni , tapi PAS tak nampak ketokohannya dalam memimpin PR. Jika PAS berkuasa dalam PR tentu doh kawan pilih PR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...