Ooo.. Inilah Sebabnya Pak Lah Kerap Tertidur!


Kesudian pemimpin ini berkongsi cerita tentang pengalamannya mengalami masalah gangguan tidur membuka mata tentang seriusnya penyakit ini.

"Ramai yang perasan saya sering terlelap. Bayangkan saya boleh terlelap ketika mesyuarat diadakan. Sehinggalah seorang rakan menyarankan saya membuat pemeriksaan gangguan tidur. Dari situ barulah saya tahu, saya sebenarnya ada masalah tentang rutin tidur saya," ujar bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika ditemui selepas majlis pelancaran Klinik Gangguan Tidur milik Pusat Perubatan Pakar Global Doctors di Mont Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Doktor mendapati sebelah hidung beliau tersumbat dan perlu dibedah. Akibat daripada keadaan ini, tidur beliau terganggu.

"Selalunya orang lain bernafas melalui hidung tetapi saya melalui mulut. Tanpa saya sedar, tidur malam saya terganggu. Memang saya tidak pernah cukup tidur. Namun, masalah ini memberi kesan kepada aktiviti siang saya. Akhirnya, saya keletihan pada waktu siang. Selepas melakukan ujian tidur, doktor mendapati saya kekurangan oksigen ketika tidur. Inilah yang menjadi punca tidur saya tidak lena dan keesokan harinya saya letih," ujarnya tersenyum.

Pembedahan

Keadaan menjadi lebih baik apabila Tun Abdullah mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan untuk merawat hidungnya yang tersumbat kira-kira empat tahun dahulu.

Mengakui tugasnya dulu sebagai Perdana Menteri amat mencabar dan masa untuk berehat yang tidak pernah cukup, beliau hanya berkesempatan tidur tiga jam sehari.

Pada masa yang sama, beliau tidak menyedari bahawa gangguan tidur boleh menjejaskan kehidupan sehariannya.

"Saya nasihatkan orang muda sekarang untuk membuat pemeriksaan dari awal lagi. Jika anda merasakan sesuatu seperti letih walaupun tidur cukup atau terlelap tidak mengira masa, sebaiknya pergi ke klinik membuat pemeriksaan kajian tidur. Kita berdepan dengan masalah penjagaan kesihatan yang serius jika kita tidak menganggap tidur sebagai suatu yang serius. Dengan adanya Klinik Pakar Gangguan Tidur, anda boleh melakukannya segera," kata beliau.

Dalam pada masa yang sama, Tun Abdullah berpendapat pencegahan adalah lebih baik daripada merawat.

Berkongsi pengalaman, beliau hampir sahaja disahkan menghidap penyakit jantung yang serius. Namun, beliau dapat diselamatkan kerana tergerak untuk melakukan ujian imbasan dan beliau hanya memerlukan rawatan awal.

"Bayangkan jika saya melakukan pemeriksaan lewat, tentu sahaja saya akan sakit jantung pada peringkat serius. Seperti masalah apnea tidur atau Obstructive Sleep Apnea (OSA), anda perlu sedar segera untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk," ujar beliau. sumber

2 comments:

Anonymous said...

pak lah yg lelah ni mau dok bt operation check otak dia sekali samada ada lagi gel untuk mengapung otak dia yg dah season ni orotak dia dah jadi selut...

dosa ko kat aku sebab naikkan harga petrol takkan ku ampuni...

pejuang hamas...

Anonymous said...

alasan yang tidak meyakinkan....
aku pun boleh tertidur

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...