Tsu Koon Konfiden Boleh Pukul Guan Eng PRU13! Betui Ka Ni?

A.S: Yakin benar bunyi Tsu Koon kali ini. Untuk makluman hangpa, pada PRU12 lalu, Guan Eng tewas teruk dengan belasan ribu majoriti di Parlimen Batu Kawan ditangan P.Ramasamy.

A.S pun pikir punya pikir tak tau macamana Tsu Koon boleh dapat keyakinan yang benar serius kali ni untuk berhadapan dengan Guan Eng. Harapnya keyakinan itu bukan palsu semata-mata.

Kalau beliau yakin menang, sebagai pendukung setia BN, AS juga mengharapkan begitu. Tapi percayalah, rakyat P.Pinang mengharapkan seorang 'hero' baru dari Gerakan yang boleh diharapkan oleh mereka terutamanya dari kaum cina. Setakat keyakinan tak cukup Tsu Koon, kita kena berpijak di dunia reality.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menegaskan beliau sedia untuk bertanding menentang Ketua Menteri Lim Guang Eng demi maruah parti selepas mendapat sokongan dari pelbagai pihak agar beliau bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya Tan Sri Dr Tsu Koon beliau telah memaklumkan hasrat menentang Lim Guang Eng pada PRU 13 kepada YAB Perdana Menteri dan juga kepada seluruh kepimpinan Gerakan. Menurut beliau lagi PRU 13 mesti bersedia meletakkan calon yang lebih agresif membawa pembangunan secara total kepada masyarakat di Pulau Pinang dan beliau sanggup mengambil amanah tersebut dengan bertanding menentang Lim Guang Eng yang bukannya berasal dari Pulau Pinang.

“Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guang Eng tidak kira dimana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang. Saya anak kelahiran Pualu Pinang dan bukan orang luar yang tidak mengeatahui bentuk persekitaran yang ada di negeri Pulau Pinang.

“Saya yakin dan percaya mempunyai sokongan penuh daripada masyarakat di Pulau Pinang walaupun pengundi cina masih kurang memberikan sokongan kepada Barisan Nasional” katanya sambil menambah beliau berbuat demikian bukan kerana desakan beberapa pemimpin Gerakan pusat sebaliknya matlamat BN meraih kembali sokongan rakyat Pulau Pinang".

“Saya tidak akan beritahu anda apa yang hendak saya lakukan dalam menghadapi Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang ini tetapi saya memberi anda jaminan, saya bersedia untuk memastikan Liam Guang Eng tewas pada PRU 13 nanti,” katanya.

Dalam sidang media itu juga Koh turut menemplak Lim Guang Eng yang masih lagi tidak melakukan kewajipan sebagai seorang Bapa dengan melaporkan kepada pihak Polis akan laporan yang dikeluarkan oleh Blog Blog mengenai insiden anaknya dilaporkan meraba payudara seorang remaja. Menurut Koh "sebagai bapa yang bertanggungjawap dalam keluarga beliau Ketua Menteri harus bertindak dengan membuat laporan Polis bagi memberikan ruang untuk PDRM menjalankan siasatan akan insiden tersebut. Jika ianya terbukti satu fitnah maka ianya terpulang kepada Ketua Menteri untuk mengambil tindakan yang selanjutnya ke atas para Blogger yang dinyatakan."

Turut di ulas Koh "Lim Guang Eng tidak mampu menyelesaikan isu keluarga dan adalah satu hal yang amat memalukan seluruh rakyat Pulau Pinang apabila sebagai seorang Ketua Menteri beliau tidak mampu membersihkan nama keluarga yang juga turut mewakili rakyat Pulau Pinang yang mana beliau selaku Ketua Menteri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...