
Alhamdulillah, fenomena aneh ini berlaku di Pejabat Perhubungan Umno Negeri Kelantan, disini dapat kita lihat sebilangan besar rakyat Kelantan sudah menukar corak politik mereka kerana selama ini mereka merasakan tertipu dengan semua janji-janji manis Pas kepada mereka.Sungguh aneh, Jadi Nik Aziz tidak perlulah hairan setelah penjelasan ini GK berikan. Jika dahulu sangatlah sukar untuk melihat hadirin memenuhi ruang pada mana-mana majlis yang dianjurkan oleh Umno. Sikap PAS sewaktu ketika dahulu yang menuduh penyokong Umno adalah kafir disebabkan Umno berkongsi kuasa dengan MCA akhirnya memakan diri mereka sendiri kerana mereka juga sedang berasmara dengan DAP.
Dikalangan dari mereka yang hadir ini menyatakan dahulu mereka terlalu taksub kepada Pas sehingga menyebabkan terputus hubungan kekeluargaan hanya kerana berbeza fahaman politik. Mereka percaya sungguh dengan tuduhan Pas terhadap orang yang menyokong Umno adalah kafir. Tapi setelah Pas menjalinkan hubungan dengan DAP mereka mula merasa sangsi dengan perjuangan PAS.


Selain itu masalah air juga di suarakan kepada GK, kerana ketiadaan air mereka cukup payah untuk mengambil wudhu' dan mandi junub, Bagi mereka itu yang lebih penting didalam Islam, tanpa ibadat dan solat yang sempurna mana mungkin untuk mendapat pahala dan memasuki syurga. Mereka cukup kesal dengan PAS kerana lebih sibuk mempolitikkan Hudud dari menangani masalah air yang berlaku ini. Perkara yang asas seperti solat tidak pula dititik beratkan oleh Pas, macam mana boleh kata Pas ni perjuangkan Islam.
Itulah sebahagian yang dapat GK kongsikan bersama, Keadaan di Kelantan sekarang ini Alhamdulillah nampak perubahan yang sangat ketara, Jika dahulu kalau Umno yang anjurkan program agama jangan haraplah nak dapatkan hadirin memenuhi ruang dewan, tapi sekarang tidak lagi, sambutan yang cukup baik ini seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh kepimpinan Umno dan Barisan Nasional, rakyat sangat mengharap perubahan kepada negeri mereka Kelantan Darul Naim.
sumber:gelombangkick
No comments:
Post a Comment