Jom Support Dr Rozmey Dengan Beralih Dari FB ke dRBuku!


Sebut saja Nama Dr. Rozmey mesti orang akan kenal pada jutawan yang satu ni,Ok..bukan nak cerita pasal rambut dia,filem dia atau ubat-ubat keluaran dia..Mungkin ramai yang dah sedia maklum,pada awal Oktober yang lepas, syarikat milik Dr Rozmey telah pun memperkenalkan rangkaian sosial mereka yang serba baru ala-ala facebook, iaitu DrBuku (Sebelum ini dikenali dengan nama Dr.book).

Para pengguna boleg mendaftar akaun DrBuku menggunakan sebarang akaun sosial sedia ada. Samada Facebook, Windows Live, FourSquare, Yahoo! MySpace, Google, Friendster, WordPress atau apa pun jua, sekaligus memudahkan proses pendaftaran akaun DrBuku.

Melalui statistik yang dikeluarkan oleh DrBuku, kini ia mempunyai lebih daripada 3,029 ahli berdaftar,160,056 post, dan juga lebih 13,529 gambar.Korang boleh upload Video,Berkongsi Gambar,Bermain Game dan banyak lagi di Rangkaian sosial DrBuku.

Walaupun ada yang kurang suka dengan Dr. Rozmey ni,namun apa salahnya kita sama-sama memberi sokongan kepada anak melayu kita yang berani berfikiran di luar kotak dengan mewujudkan laman sosial sebegini.Sampai bila laman DrBuku ni akan bertahan?..kita tunggu 2,3 tahun lagi..harap DrBuku akan setanding FACEBOOK..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...