Pejabat Akhbar Senda Nabi Muhammad Dibakaq!!

BEBERAPA anggota bomba semalam berjalan di depan pejabat akhbar satira, Charlie Hedbo yang rosak akibat terbakar di Paris.

PARIS - Bangunan ibu pejabat sebuah syarikat akhbar yang sering menampilkan isu-isu menyindir di Perancis dibakar dan mengalami kerosakan teruk.

Kebakaran itu berlaku selepas akhbar tersebut menyatakan bahawa Nabi Muhammad menjadi editor undangan.

Menurut seorang pegawai polis, kebakaran itu berlaku pada lewat malam kelmarin di akhbar Charlie Hebdo dan puncanya masih tidak diketahui.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.


Pengarah akhbar tersebut yang menggunakan nama Charb memberitahu stesen televisyen BFM, banyak kerosakan yang berlaku termasuk maklumat di dalam komputer musnah.

Kakitangan akhbar tersebut berkata, mereka menerimabanyak ancaman akibat cerita Sharia Hebdo di akhbar tersebut yang merujuk kepada undang-undang Islam. - AP

A.S KATA NAK MELAWAK ADA HAD DAN BATASNYA. PERKARA SENSITIF BEGINI JANGAN BUAT MEMAIN. KALAU DAH MAI TAHAP GERAM, INILAH NATIJAHNYA YANG MEREKA DAPAT!

TAPI KALU PUAK HAMPAS TAKPA PUNYA, ISLAM DIPERLEKEH OLEH DAP PUN NO PROBLEM & HIMPUNAN ANTI MURTAD UNTUK JAGA AKIDAH PUN TAK PENTING BAGI MEREKA KERANA POLITIK ADALAH SEGALA-GALANYA BUAT PUAK HAMPASS.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...