Bajet tentera Singapura RM71b. Malaysia?


Apa yang A.S nak sentuh disini, negara sekecil Singapura pun berbelanja sebanyak itu hanya untk pertahanan sahaja. Tapi tak kedengaran pulak rungutan sana komisen, sini komisen, rasuah, penyelewengan dan sebagainya yang buruk belaka kerana rakyat mereka matang dan berfikiran positif dalam hal-hal keselamatan negara.

Tidak seperti di Malaysia yang mempunyai pembangkang yang buta perut dan berfikiran negatif, tak habis-habis apabila kerajaan Malaysia mengeluarkan sejumlah perbelanjaan yang besar demi untuk keselamatan dan pertahanan negara, mulalah suara sumbang kedengaran mempertikaikan kewajaran sesuatu perbelanjaan Kementerian Pertahanan.


Pakatan haram harus sedar dan bersikap realistik bahawa isu pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit dan sensitif dimana tidak perlulah dipolitikkan kerana setiap perbelanjaan yang dikeluarkan melalui pelbagai tapisan yang ketat dari jabatan Perbendaharaan Negara.

Singapura yang merupakan sebuah negara kecil dengan jumlah penduduk hanya 5.2 juta orang dijangka membelanjakan AS$23 bilion (RM71.3 bilion) untuk membeli pesawat peronda, helikopter dan peralatan tentera lain menjelang 2015.

Singapura terletak di laluan paling sibuk di dunia dan aktiviti lanun merupakan antara ancaman utama di rantau itu.

Menurut laporan baru oleh kumpulan perisikan dan pertahanan, IHS Jane's, walaupun hubungannya dengan China sangat baik, hubungan Singapura dengan Malaysia dan Indonesia sangat kompleks ekoran dilema keselamatan yang berterusan akibat kebimbangan pelampau Islam.

Penganalisis pasaran IHS Jane's, Nicholas de Larrinaga berkata, banyak negara di rantau ini turut meningkatkan perbelanjaan ketenteraan ekoran bimbang dengan China.

"Berlaku perlumbaan senjata besar-besaran di rantau itu, terutamanya akibat peningkatan pengaruh China dan pertikaian wilayah," katanya.

Menurutnya, bajet untuk pertahanan Singapura meningkat sebanyak 50 peratus antara 2010 dan 2015 kepada lebih AS$14 bilion (RM43 bilion).

"Dalam tempoh sama, kami melihat perbelanjaan ketenteraan Singapura meningkat hampir 59 peratus kepada hampir AS$4 bilion (RM12.4 bilion) dan jumlah keseluruhan lebih AS$23 bilion (RM71.3 bilion) ," tambah Larrinaga.

Singapura turut memperuntukkan sebanyak AS$9.39 bilion (RM29 bilion) untuk tujuan pertahanan dalam belanjawan bagi tahun fiskal bermula April 2011, meningkat sebanyak 5.4 peratus dari tahun lalu.

Pembelian untuk tempoh terdekat ini oleh tentera Singapura termasuklah mencari pengganti kepada pesawat pengisi minyaknya, Boeing KC-135 dan helikopter Eurocopter Super Puma. - REUTERS

2 comments:

praha2 said...

eden nak tanyo-apo nak heran kan? kan pap dan dap adik boradik? jadi lobih banyak dio belanjo untuk boli kolongkap sonjato sonang lah nak taklok Malaysia.
Kan itu niak dio? eden tak terkojutpun sobab lky dari dulu lagi dah berhhasrat nak ambil alih Malaysia dijadikan taklokan dio.
ni lah maso nyo.

Anonymous said...

Dah tahu bajet tentera Singapura RM71 billion, apa lagi ATM, mintalah lagi. Lepas ni Tony Puaka, No Rule dan konco2 pembangkang gerenti tak boleh komen lagi.

Masa ni lah nak beli lagi peralatan pertahanan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...