Nga Ko Meng Dihalau Keluar Dari Perak!


Gagasan Melayu Perak (GMP) dan Suara Inspirasi Malaysia (SIM) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Ibu Pejabat DAP Ipoh terhadap Nga Kor Ming berhubung kenyataan beliau menggelar Negeri Perak ‘Darul Kartun’ dan gelaran Hitam Metalik kepada Menteri Besar, YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir.

Pengerusi GMP, Dato Seri Helmi berkata, Nga Kor Ming tidak layak dipanggil Yang Berhormat kerana beliau tidak menunjukkan sifat kepimpinan seorang YB.

“Jangan sewenang-wenangnya menyindir dan menjatuhkan maruah dan Sultan Melayu, suruh dia keluar dari Perak atau balik ke negara asal mereka di China, ini Tanah Melayu pada asalnya dan kami berasal dari sini.

“Apabila kami tanya pada pegawai dia, katanya Nga tiada di pejabat dan pegawai dia juga menafikan Nga pernah mengeluarkan kenyataan Hitam Metalik terhadap MB Perak dan dia juga menafikan kenyataan Darul Kartun yang mempersendakan Kesultanan Melayu”, kata Helmi.

Tambahnya lagi, beliau berharap agar semua bangsa Melayu mengetepikan ideologi politik dan bersatu jika sayangkan Tanah Melayu dan bangsa sendiri dari ‘dijajah’ oleh bangsa lain.

Turut hadir sama, En Norsammudin Abd Kadir, Setiausaha Pertubuhan Suara Inspirasi Malaysia.

“Saya berharap agar Melayu bangkit menentang DAP dan sesiapa sahaja yang cuba mempersendakan atau menjatuhkan bangsa kita, kembali dan bangkit seperti zaman Malayan Union dahulu,” katanya.

Katanya lagi, beliau dan rakan-rakan seperjuangan akan senantiasa memantau pergerakan pembangkang yang cuba menimbulkan isu perkauman atau menjatuhkan institusi Kesultanan Melayu. - PERAK TODAY

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...