Mana pi penguatkuasaan dari Pejabat Tanah dan Daerah?
Mengapa tiada sebarang kajian EIA atau dari konsultan yang dilantik untuk membuat laporan impak yang akan muncul sebelum tanah di Hutan Simpang Hulu Sungai Jelok di'perkosa' oleh kerajaan Selangor?
Adakah pemerkosaan hutan ini dilakukan secara halal atau haram?
Sistem perparitan yang lemah merupakan satu indikasi kelemahan PBT di Selangor membersihkan longkang serta perancangan yang longgar dari Pejabat Daerah dan Tanah berhubung kajian saliran air.
Masalah sistem peparitan gagal menampung jumlah pengaliran air hujan dan penerokaan tanah bagi tujuan pertanian di kawasan Hutan Simpang Hulu Sungai Jelok antara beberapa punca berlakunya kejadian banjir kilat di Kajang.
Yang diPertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Datuk Hassan Nawawi Abd Rahman berkata, beberapa kawasan sekitar Kajang terutamanya di Pasar Kajang mengalami banjir kilat yang teruk dalam sejarah selepas kejadian yang sama berlaku 40 tahun sebelum ini.
“Berdasarkan maklumat awal yang diterima beberapa kawasan sekitar Kajang iaitu Pekan Kajang, Pasar Kajang dan Sungai Kantan mengalami kejadian banjir kilat yang teruk disebabkan hujan lebat dalam tempoh dua jam.
“Beberapa faktor utama yang telah menyebabkan kejadian ini berlaku antaranya masalah sistem peparitan gagal menampung jumlah pengaliran air hujan dan penerokaan tanah bagi tujuan pertanian di kawasan Hutan Simpang Hulu Sungai Jelok, dekat sini”, katanya ketika ditemui melakukan tinjaun dilokasi kejadian, semalam.- sinar harian
UPDATE- http://www.selangorkini.com.my/my/berita/29143
SHAH ALAM, 7 Feb – Projek tebatan banjir Canal City yang menghubungkan Sungai Klang hingga ke Sungai Langat telah dibatalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor kerana berpendapat ia tidak memberi banyak manfaat kepada rakyat Selangor.
Kerajaan Pakatan Selangor juga mengambil semula tanah lebih 4,000 ekar yang telah diberikan oleh kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional (BN) kepada syarikat pemaju, Talam Corporation Berhad, termasuk hutang-hutang tertunggak.
Menurut Pejabat Menteri Besar Selangor, perkara itu dijelaskan Tan Sri Khalid Ibrahim (kiri) dalam pertemuannya dengan Datuk Bandar, Yang Dipertua kerajaan tempatan dan syarikat perunding yang terlibat langsung dengan pelaburan negeri di Shah Alam hari ini.
Menurut kenyataan daripada pejabat itu juga, Khalid mengambil peluang menasihatkan syarikat perunding supaya mematuhi peraturan dan prosedur untuk mengelak timbul masalah dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), yang mungkin menganggu kelulusan sesuatu perancangan.
Katanya, syarikat perunding perlu membayar premium tanah manakala setiap pembangunan pula perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa serta syarat-syarat lain yang ditetapkan.
“Misi kerajaan negeri adalah mempermudahkan urusan dan mesra pelabur tetapi syarikat perunding yang dilantik pelabur asing atau tempatan perlu mematuhi semua peraturan dan prosedur,” kata Menteri Besar yang berdialog dengan beberapa wakil syarikat perunding.-MKINI
KHALID IBRAHIM YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBATALKAN PROJEK INI.
1 comment:
sapa la tulis blog ni mmg xdak akai..kajang dari dlu lg banjir klau ada hujan lebat..umno dlu pn banjir..byk kali dah..awak skali ni banjir trus salah kan kerajaan slangor? dlu punya banjir hang xbuboh pulak dlm entri blog..kutuk la umno hang tu..ptuih
Post a Comment