Dengan Guru Besar Pun Ketua PKR Nak Buat Hal!

Camnalah Si Murali ni boleh jadi ketua cabang PKR?
Sikap dan perilaku beliau langsung tak boleh dijadikan sebagai seorang pemimpin sehinggakan dengan guru besar sekolah pun nak ajak bergaduh.

PKR memang jelas tiada pemimpin yang berkredibiliti sehinggakan orang macam ni pun boleh jadi Ketua Cabang.


Si Murali nih pun pernah ada kes dengan rakan sebantal mereka iaitu Teresa Kok. Baca di SINI.



*******************


Ketua Cabang Puchong PKR, S. Murali yang didakwa menghalang tugas seorang guru besar awal bulan lalu hadir di Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi perbicaraan kes itu.

 Beliau didakwa menghalang tugas guru besar Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil Tun Sambathan, K. G. Sarasavathy, 52, dengan niat mendatangkan kegusaran mangsa di bilik guru besar sekolah itu, kira-kira jam 12.50 tengah hari, 10 Mac lalu.

 Prosiding hari ini sepatutnya ditetapkan untuk sambung bicara, namun oleh kerana beliau gagal hadir pada sebutan sebelumnya, mahkamah memerintahkan ikat jamin dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM2,400. Majistret Nur Afidah Idris menetapkan 8 Mei depan untuk perbicaraan.

 Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saphira Selamat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Murali ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu  bahawa beliau akan kembali bertugas Jun ini selepas digantung keanggotaan dalam parti itu sejak Jun tahun lalu.

 "Saya masih berkhidmat kepada masyarakat. Ramai orang salah faham saya digantung tugas kerana kes mahkamah. Tapi sebenarnya ia adalah hal saya dan parti. Tiada kena mengena dengan mahkamah. "Jad, saya akan bertugas secara rasmi selepas tamat penggantungan nanti," katanya. Keputusan mesyuarat lembaga disiplin dan Majlis Pimpinan Pusat PKR mulai 4 Mei lalu menetapkan penggantungan keanggotaan Murali berkuat kuasa 15 Jun 2011 hingga 14 Jun 2012.-SH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...