Zati Iwani Tak Jadi Bercerai? Badrul Gigit Jari???

Aku mulanya agak gembira ingatkan Zati ni tak jadi bercerai selepas mendapat khidmat nasihat pakar permasalahan keluarga dari Al Fadhil Ustaz Baderol Ameen di sebuah hotel di Kuantan..

Tapi sangkaan aku silap kerana rupanya si Izatil Iwani ni mahu tuntutannya dipindahkan untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah.
Mahkamah rendah Syariah nampaknya takde kuasa nak kendalikan kes fasakh.

Nampaknya MUNGKIN Badrul  silap bagi nasihat mahkamah yang sesuai bicarakan kes fasakh ataupun Badrul MUNGKIN gagal memberi kaunseling rumahtangga yang terhebat pada jam 3 pagi untuk mengelakkan penceraian pasangan terbabit.


Badrul GAGAL di situ!!

****************

Seorang wanita yang dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron, hari ini menarik balik permohonan cerainya di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Izatil Iwani Rashid, 28, mengemukakan notis penarikan balik tuntutan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus ketika kes itu disebut di kamar hakim berkenaan.

Bagaimanapun alasan penarikan tuntutan penceraian tersebut tidak dinyatakan oleh wanita yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah institusi kemahiran milik kerajaan di sini. Izatil hadir kira-kira pukul 9 pagi tanpa ditemani oleh sesiapa manakala suaminya, Fazli Pungut, 32, seorang guru tidak muncul di mahkamah.

Wanita itu sebelum ini memfailkan permohonan penceraian pada pertengahan Januari lalu dan prosiding pertama telah dijalankan pada 27 Februari lalu. Sementara itu wanita terbabit ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia akan mengemukakan tuntutan fasakh di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan. “Saya terpaksa menarik balik tuntutan tersebut kerana mahkamah rendah syariah di sini tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes fasakh,’’ katanya.

 Badrulamin sebelum ini dalam kenyataannya memaklumkan beliau mengenali wanita tersebut kira-kira setahun lalu. Malah Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Selangor itu turut mendedahkan yang wanita berkenaan sedang menghadapi masalah rumah tangga dan beliau banyak memberi nasihat kepada wanita itu sebelum ini

4 comments:

Anonymous said...

hairan, bila kes khalwat nak bicara.

Anonymous said...

laki kau memang tak guna punya orang...nanti kau balik kau mintak cerai sama kau punya laki...lepas itu kau kawin sama ana...hahaha

Anonymous said...

Kes Perceraian belum selesai..dah kluar gi jumpa lelaki lain?? Pompuan jenis apa nii...

Anonymous said...

korang tak tahu cerita sebenar, jangan menuduh orang tanpa usul periksa, tak takut fitnah ke? nak tulis dalam blog, eja nama pun salah...konon2 dah tahu sangat pasal neh... ntah ape2, kalau aku malu kot :P wekkkk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...