Couple punk disebat pasal buat 'public sex' ! Adakah Hudud Sebenar?


Polis Syariah Aceh membantu mengangkat pesalah selepas dikenakan hukuman sebat - AFP
Pasangan punk disebat pasal buat 'public sex' 

ACEH: Sepasang punk disebat sembilan kali setiap seorang selepas mereka didapati bersalah mengadakan seks di tempat awam. Kira-kira 100 penduduk bandar Langsa yang menyaksikan pelaksanaan hukuman itu bersorak apabila polis Syariah menyebat wanita berusia 21 tahun itu, dan teman lelakinya berumur 23 tahun.

Sebelas orang yang didapati bersalah berjudi juga menjalani hukuman itu. Ketua Pendakwa Raya Langsa, Putra Masduri berkata, pasangan berkenaan yang sering berkeliaran dijalan raya dengan berpakaian ala punk. Mereka bagaimanapun dikenakan pakaian serba putih ketika menjalani hukuman itu.

Polis Syariah Aceh, satu-satunya wilayah Indonesia yang melaksanakan undang-undang Islam, melancarkan gerakan antipunk dengan menyerbu kafe dan taman bagi mencegah apa yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai ‘wabak sosial.’ — Agensi

***************
Adakah ini menepati sebenar kehendak hukum hudud?
Apa yang aku tau, berzina sebelum nikah kalau dihukum menurut undang-undang Islam adalah 100 sebatan?Adakah cukup dengan 9 sebatan?


Bagaimanakah interpretasi sebenar hukuman hudud dari pandangan penguatkuasa hukum undang-undang Islam di Aceh?

Namun yang malang, Kelantan dah 22 tahun perintah, ciri-ciri asas hukuman hudud pun belum dilaksanakan lagi!
Di Kedah, Selangir dan Penang jangan kata la, depa seriau dengan abang besar DAP meeka!
Yang depa tau hanya menyalahkan Kerajaan Pusat! Puii!!


4 comments:

Anonymous said...

Tidak cukup bukti untuk penyabitan Zina di bawah hukum hudud. Untuk sabitan Hudud sangat berat beban pembuktiannya. Maka hukuman di jatuhkan melalui kaedah-kaedah takzir dan ianya tetap Islamik. Hukum Islam untuk jenayah seks bukan terhad kepada Hudud sahaja.

Pendapat peribadi saya Hukum Hudud di Malaysia adalah mustahil sebab Malaysia bukan sebuah Negara tetapi sebuah Persekutuan negara-negara yang kecil - YDP Agong bukan lah Raja atau Sultan Malaysia.

Di peringkat negeri bersultan juga mustahil sebab negeri-negeri bersultan atau beraja bukanlah absolute monarchy tetap ia tertakluk kepada berpelembagaan. Pihak pentadbir negeri pula boleh di pilih oleh bukan Islam melalui sistem pilihanraya. Bayangkan orang kafir mempunyai suara (melalui undi)untuk memilih pentadbir negeri bagaimana nak buat hudud?

Sebenarnya Islam dan demokrasi tidak boleh bersekutu. Dalam Islam tiada sistem demokrasi. Adakah Saidina Abu bakar di Undi oleh seluruh rakyat?

Adakah perlantikan Saidina Umar r.a sebagai Khalifah berserta kuasa dan haknya sebagai Khalifah termasuklah untuk mentadbir hukum hudud bergantung kepada undi seorang Majusi dari Basrah? Jawapannya tidak.

Maka Apa yang PAS cakap mengenai hudud semuanya penipuan politik semata-mata dan lagi teruk lagi saya yakin pemimpin mereka tahu hakikat ini tetapi berdiam diri. Mereka lah munafik paling besar.

Apa yang Malaysia samada Persekutuan atau Negeri buat sekarang - yang sedar bahawa Hudud ialah mustahil pada peringkat ini dengan mengambil kaedah-kaedah takzir adalah tepat dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

Anonymous said...

Perlaksanaan beransur ansur lebih baik daripada tiada tindakan lansung..ACEH majoriti peribuminya ISLAM kewajaran hudud wajib..dari lembut kepada keras..kes diatas sebagai hukuman peringatan jadi gunalah matahati untuk melihat indahnya hukum hudud..Kelantan 90% melayu pun gagal melaksanakan hukuman seperti diatas walaupun sebagai peringatan..hendak seribu daya..takndak seribu dalih"..setakat hukum 2 atau 3 sebatan bagi yang bercouple couple sebagai pengajaran..itu pun Kelantan tak dapat jalankan..apatah lagi HUDUD yang keras.

Anonymous said...

Sebenarnya Kelantan boleh melaksanakan hukuman hudud. Walaupun tidak sepenuhnya. Cuma tak tahulah apa PAS kelantan fikir. Memang ulama pas cakap saja. Sendir tak buat tapi.mengharapkan orang lain buat

Anonymous said...

Hukum hudud mungkin hanya sesuai bg sebahagian negeri sahaja. Mcmana dgn p.pinang, sarawak atau sabah yg tak beraja. Sktg pas pun ditolak di tiga negeri ni kerana majoriti di byk kaw parlimen adalah bukan Islam. Kalimah ALLAH pun kerajaan pusat dah diheret ke mahkamah, belum lg hudud. Hukum takzir lebih sesuai dan iapun hukum Islam. Tak perlulah berbicara perkara yg masih jauh, marilah bangunkn ekonomi umat dahulu dan inilah jihad yg paling praktikal buat masa ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...