Fakta Berkenaan Pembinaan Kilang Vale di Teluk Rubiah Yang Perlu Kita Tahu!


1. Tanah Teluk Rubiah yang seluas 350 hektar merupakan tanah milik perseorangan sejak tahun 1986 atas nama Tan Sri Tajuddin Ramli

 2. Pada mulanya tanah itu dicadangkan untuk pembinaan ITM (kemudian UITM) namun dipindahkan ke Seri Iskandar dengan persetujuan baginda Sultan Perak dan Kerajaan Negeri atas alasan centralization universiti-universiti di sana dan kemudiannya wujudnya Teluk Rubiah Golf & Country Resort

 3. Disebabkan kemerosotan pengunjung ke resort berkenaan dan hutang yang melambung tinggi akhirnya resort itu terpaksa ditutup dan dalam masa yang sama pihak Vale International dari Brazil berminat untuk menjana pelaburannya di situ yang mencecah RM14.9 billion

 4. Perbincangan mengenai pelaburan Vale di Teluk Rubiah telah lama berlangsung dan pada ketika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan pada tahun 2008 perbincangan formal masih berjalan dan Menteri Besar ketika itu Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin TIDAK PERNAH MEMBANTAH hasrat Vale untuk membina kilang berkenaan

 5. Sepanjang 11 bulan memerintah Perak Nizar TIDAK SEKALIPUN PERNAH menyuarakan cadangan beliau untuk dipindahkan kilang berkenaan di Tanjung Hantu seperti yang didakwa. Bantahan hanya dibuat setelah BN mengambil alih pemerintahan negeri pada tahun 2009 (rujuk juga rekod tarikh isu oleh bloggers pembangkang)

 6. Berbalik kepada Vale yang sedang dibina di Teluk Rubiah, kilang itu HANYA DIJADIKAN TRANSIT untuk repackage bijih-bijih besi dari Brazil untuk dipasarkan ke Asia Pasifik

 7. Air di sekitar kilang berkenaan akan ditapis sebanyak tiga kali sebelum dilepaskan ke laut dan akan dihantar ke Jabatan Alam Sekitar di Kuala Lumpur SETIAP MINGGU untuk pemantauan dan akan dibuat kajian tahap keselamatannya kepada hidupan-hidupan akuatik

 8. Sebanyak lebih 40 spesis pokok akan ditanam di sekitar kilang berkenaan bagi mengelakkan hakisan dan pencemaran oleh karbon monoksida khususnya

 9. Pihak pembangkang tidak pernah mahu berhujah secara konkrit untuk menafikan keselamatan projek itu yang telah melalui proses kelulusan yang amat ketat Jabatan Alam Sekitar bagi laporan Impak Alam Sekitar (EIA)

 10. Tidak timbul isu mempertahankan kawasan pelancongan di situ kerana ianya telahpun diluluskan oleh pihak berkuasa 

11. Vale bakal menyediakan sebanyak 5000 peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk Manjung setelah siap sepenuhnya pada tahun 2014 dan kebajikan nelayan-nelayan di sekitar kawasan berkenaan akan menjadi tanggungjawab Vale termasuklah sumbangan-sumbangan khas dan penajaan tertentu

SUMBER

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...