Kelantan Negeri kebajikan : 4 Beranak Huni 'Reban Ayam'

Seorang wanita dan tiga anaknya terpaksa tinggal di pondok seperti reban ayam yang hanya berdindingkan kain selimut selepas ditinggalkan oleh suaminya sejak dua tahun lalu di Kampung Gaung, Tendong di kelantan..

Rohana Mohamad, 48, terpaksa mengharapkan ihsan daripada seorang penduduk, Wan Nazifah Wan Musa, 52, untuk mengubah suai pondok di sebelah rumahnya dengan meletakkan kain selimut terbuang di sekelilingnya sebagai dinding bagi dijadikan tempat berteduh.

 Malah setiap kali hujan, dia bersama tiga anaknya, Fauziah Abdullah, 9; Muhammad Nasir, 7, dan Nurul Nasuha, 3, terpaksa menumpang di rumah Wan Nazifah kerana atap bocor serta dinding yang boleh ditembusi air.

 Pondok itu hanya boleh memuatkan mereka sekeluarga untuk tidur dan sedikit ruang rehat tanpa dapur. Bagi membersihkan diri dan mencuci pakaian, dia terpaksa pergi ke masjid berhampiran.

***********


Bila ditegur PAS negeri miskin, ada la juak PAS yang melenting!
Ini hakikat sebenar bahawa didalam kita menuju negara maju, masih ada rakyat yang daif sebegini.
Pemimpin PAS hanya sibuk beretorik berceramah dimerata-rata sehingga melupakan nasib rakyat di tempat mereka sendiri yang hidup melarat.


PAS is Dead..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...