Kesian Pharol & Dr Mail.. Lawan Tokey Lagi!


Muka Senyum Simpul Depan Ostad Zizan! Tapi Hati Sakit Sapa Yang Tau! Lawan Tokey  Lagi!!

Senarai portfolio anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah yang dikeluarkan selepas majlis angkat sumpah dua lagi Exco di Istana Anak Bukit di sini, hari ini menyaksikan perubahan agak ketara pada jawatan yang disandang Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh.
Tahun lalu Phahrolrazi memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, manakala Dr Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-badan  Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Selepas pelantikan hari ini Phahrolrazi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, manakala Dr Ismail pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Perubahan itu adalah pengurangan portfolio Kerja Raya bagi Phahrolrazi manakala portfolio Dr Ismail tiada lagi Kesihatan dan Pembangunan Insan..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...