Pulau Jawa-Sumatera 29km (RM40 Bilion), Jambatan Kedua P.P 26km (RM4.5 Bilion) Fuhh!!

LAKARAN artis menunjukkan Jambatan Selat Sunda sepanjang 29 kilometer yang akan menghubungkan Pulau Jawa dan Sumatera menjelang 2018. - AGENSI 

SERANG - Impian penduduk wilayah Banten dan Lampung yang dipisahkan Selat Sunda untuk disatukan melalu jalan darat akan tercapai tidak lama lagi.

 Ini kerana, projek pembinaan Jambatan Selat Sunda (JSS) sepanjang 29 kilometer yang akan menghubungkan Pulau Jawa dan Sumatera sudah mempunyai pelabur dari China yang sudi melabur 120 trilion rupiah (RM40 bilion).

 Peletakan batu asas untuk pembinaan projek tersebut dijangka akan dilakukan pada 2014. Jambatan tersebut akan dibina secara melintang sepanjang 29 kilometer dan mempunyai kelebaran 60 meter.

 Selain itu, jambatan JSS mempunyai dua lorong kenderaan setiap hala dan dua jalan untuk penunggang motosikal di bahagian tengah jambatan.

******


Panjang Jambatan tiadalah beza jauh sangat tapi kos pembinaan hampir 10kali ganda di Indonesia.
Aku faham, spesifikasi pembinaan jambatan di Indon ni mungkin lebih gempak dimana salah satu faktornya ialah kekuatan menahan gempa bumi berskala tinggi.


Kalau di Malaysia ni, jenuhla puak pecacai pakatan meratib pagi petang siang malam dengan perkataan rasuah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...