Ambega Hilang Akal! Gerai Burger Dibuka Dwpan Pintu Rumahnya!

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas)  mahu  memanggil lebih  ramai  penjaja kecil  membuka gerai di sekitar kawasan kediaman   Datuk S. Ambiga  jika sekiranya tiada respons positif mengenai tuntutan ganti rugi peniaga di sekitar kawasan terjejas akibat perhimpunan Bersih  28 April lalu.

.Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya memberi tempoh dua minggu untuk Pengerusi Bersih 2.0 memberikan  respons berhubung ganti rugi berjumlah lebih RM200,000 yang diterima menerusi 200 aduan daripada penjaja kecil di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman pada hari itu.

“Kami mahu Ambiga bertanggungjawab di atas segala kerugian yang terpaksa ditanggung oleh para  penjaja kecil akibat perhimpunan berkenaan dan gerai burger yang dibuka  di hadapan rumah beliau pada hari ini adalah simbolik kepada ketidakpuasan hati penjaja terhadap apa yang berlaku pada hari perhimpunan itu,” katanya pada sidang media khas sempena protes di hadapan rumah Datuk S.Ambiga di Bukit Damansara, hari ini.

Katanya,  Ambiga juga masih  perlu menjelaskan  ‘hutang’ berjumlah RM 817,205  kerugian peniaga dan penjaja di kawasan yang sama ketika penganjuran Bersih 2.0.Dalam protes yang diadakan di  hadapan rumah Pengerusi Bersih itu, seramai 20 orang termasuk dari Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tunku Abdul Rahman berkumpul dan membuka gerai burger selama satu jam bermula jam 2 petang.

Rumah Ambiga kelihatan dikawal ketat oleh tiga  orang pengawal peribadi sejak jam 1.30 petang.Protes yang sepatutnya diadakan secara aman  turut dicemari dengan insiden provokasi apabila salah seorang penyokong Ambiga menjerit ‘penyangak’ ke arah peserta protes menyebabkan suasana tegang apabila Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan cuba  menafikan tuduhan itu dan berlaku pertikaman lidah.

Datuk S.Ambiga yang berada di rumahnya   mengadakan sidang media sejurus  selepas itu kesal dengan tindakan pihak terbabit mengadakan protes dihadapan rumahnya.

“Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menilai sendiri tindakan yang dilakukan oleh    sehingga mereka boleh datang ke kediaman dan  mengganggu privasi saya  serta   seluruh kawasan kejiranan ini, tentang hal ini biarlah    pemimpin negara yang ulas, saya tunggu.“Saya tidak akan bayar ganti rugi itu sekarang, mereka (peniaga) boleh failkan semua tuntutan ganti rugi  itu di mahkamah, jika pihak mahkamah arahkan  bayar ganti rugi baru saya akan bayar begitu juga  kalau mahkamah suruh minta maaf,  mungkin saya akan lakukan,” katanya.

Ketika ditanya adakah beliau takut dengan apa yang berlaku hari ini, Ambiga berkata dia tidak sedikit pun takut kerana ramai yang berada di belakangnya ketika ini.“Buat apa saya hendak takut, anda lihat dibelakang saya ini ramai wakil NGO  dan mereka bersedia bersama-sama menghadapi apa jua tentangan disebabkan penganjuran Bersih ini,” katanya.

Kata Ambiga lagi, laporan polis juga akan dibuat berhubung  tindakan protes yang dilakukan di hadapan rumahnya.


KEH KEH. PADAN MUKA AMBEGA.

EH! TAU PULAK REPOT POLIS YE?

BUKAN KE PUAK-PUAK BERSHIT SUKA BELASAH POLIS DAN TAK HORMATKAN POLIS?


Published with Blogger-droid v2.0.4

5 comments:

Anonymous said...

ganggu privasi orang lain tak apa ....ganggu privasi dia tak boleh .... piiiraah Ambiga mabuk

Anonymous said...

...
...
...
Buat la Gerai Ayam Golek, Satey, BBQ Kambing, Bakar Lemang...baru berasap sikit beb...

Terbaik...

Pasar Hari Ahad 13 Mei ni...ok juga...dah lama nak sedekah Batang Lemang kat mulut mulut busuk ni...


...
...
...

Anonymous said...

Mengong punya manusia...nyusahkan orang takpe, orang buat balik da mengelabah..sengal

Melayu Raya said...

Jangan lapur pd polis,minta dia lapur pd unit amal PAS atau ketua amal hj hadi saja....

Anonymous said...

Ko nak tau apa kata rakyat Msia yea AmBABIga? Aku rakyat msia dan aku kata PADAN MUKA KO!!!! Kakakakaka!!! NGO ko sume geng2 longkang laaa...sume org dah tau suku sakat ko jugak yg tubuhkan ngo tu...tak payah nak klentong seolah2 ngo longkang ko tu mewakili rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...