Adakah Ini Petanda Baik Kaum Cina Menyokong BN? (bergambar)






Semalam aku sempat bersama-sama Dato Zainal Abidin Osman, Penyelaras BN Parlimen Nibong Tebal, Ketua Umno Bhgn Nibong Tebal dalam satu program penyampaian sumbangan kepada kaum cina yang warga emas, ibu tunggal & warga OKU di Nibong Tebal.

Sekitar 100 orang telah hadir dalam program tersebut. Mungkin ramai yang skeptikal terhadap kenyataan kononnya mereka ini menyokong BN. Tapi ada 3 point yang boleh aku gunakan untuk menguatkan asas aku ini.

Pertama, mereka sendiri berkobar-kobar mahu memasang bendera Bn di sekitar tokong program mereka berlangsung tanpa desakan dari pihak pemberi sumbangan.

Kedua, ratarata yg aku temui kecewa dengan kelemahan kerajaan negeri P.Pinang yang jelas lemah dalam soal kebersihan sperti penyelangaraan parit dan longkang, pengurusan sampah dan banyak lagi. Mereka lihat di zaman Bn memerintah pengurusan perkara seperti ini jauh lebih baik. Ini tak termasuk pelbagai lagi janji manis yang telah pemimpin pakatan tapi tak tertunai sehingga kini.

Ketiga, mereka sedar bahawa pimpinan kerajaan Bn sentiasa membantu mereka dalam setiap masa dan keadaan samda menang atau kalah. Mereka kesal kerana silap memilih ahli parlimen sekarang iaitu Yb Tan Tee Beng yang kini hilang entah ke mana.

Harapnya apa yg aku nukilkan ini bukannya kenyataan syok sendiri dan ia boleh menjadi reality.

Jika sekurang-kurangnya 40% undi kaum cina menyokong bn di Nibong Tebal, sesungguhnya kerusi parlimen Nibong Tebal adalah didalam genggaman. Dengan Izin Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...