Siti Nurhaliza Tunai Umrah Bersama Suami
Penulis gembira apabila tahun ni seperti menjadi tahun perubahan yang agak besar dalam industri hiburan tanah air.Mana tidaknya, semakin ramai selebriti yang menunjukkan perubahan yang positif.
Makin ramai yang mula bertudung, mendirikan rumahtangga, pergi menunaikan umrah dan pelbagai lagi.
Kali ini penulis ingin berkongsi beberapa foto yang boleh dikirakan sebagai kelaziaman bagi penyanyi nombor satu negara apabila setiap kali menyambut Ramadhan.
Datuk Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Khalid Mohamad Jiwa kini berada di Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.
Menurut laporan mStar tahun lalu yang dipetik oleh Rotikaya, Siti merasakan kehidupannya seperti tidak lengkap apabila tidak menunaikan umrah setiap kali sambutan Ramadhan.
“Saya rasa bulan Ramadhan saya seperti tidak lengkap jika tidak ke sana.
“Saya merasai suasana yang berbeza setiap kali berada di sana pada bulan yang berbeza,” ujar Siti.
Menurutnya, dia berusaha untuk mengejar pahala yang berlipat kali ganda di bulan yang penuh barakah ini.
Siti telah menjejakkan kaki ke kota Mekah buat kali pertama pada tahun 1997 dan mengerjakan haji pada tahun 2008.
Semoga Siti akan mula dan terus bertudung apabila pulang di Malaysia nanti di tambah pula dengan sokongan dari peminat-peminat yang inginkan dia bertudung.
No comments:
Post a Comment