Kedah Maju : Mengeseks Di Tempat Terbuka Setiap Jumaat Sabtu!


pic hiasan

AKU INGATKAN BILA DAH BAWAH PEMERINTAHAN PARTI ISLAM CELUP PAS, DAH TAK BERLAKULAH ATAU KURANGLAH KES-KES SEBEGINI, INI TIDAK MAKIN MENJADI-JADI PULA NAMPAKNYA.

SAMADA JAIK TIDUR ATAU BUAT-BUAT TUTUP MATA, ATAU OSTAD ZIZAN YG SEDANG SAKIT SEKARANG NI JIKA DITANYA SUDAH PASTI AKAN BERI JAWAPAN TIPIKALNYA IAITU 'SAYA TAK TAU'.

BARISAN PEMIMPIN NEGERI YANG DITERAJUI OLEH PAS JANGAN MAKAN GAJI BUTA. JANGAN HANYA TAU CARI SALAH ORG LAIN SEDANGKAN NEGERI SENDIRI PUN MAKIN HURU HARA JADINYA.
BUKAN MAKIN ELOK BILA PAS MEMERINTAH, MAKIN JAHANAM LA JADINYA.

ALOR SETAR - Jijik dan sakit mata melihat pelbagai aksi pasangan ‘berasmara’ di Taman Jubli Perak atau lebih dikenali dengan Taman Rimba yang menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan senaman pada waktu pagi dan petang.

Pekerja yang melakukan pembersihan di kawasan itu, Junaidah Yusof, 29, berkata, pasangan yang tidak segan silu melakukan hubungan seks di kawasan terbuka itu kerap dilihat pada hari Jumaat dan Sabtu.
Menurutnya, kawasan yang dipenuhi dengan pokok dan suasana yang redup itu disalahgunakan golongan itu untuk melakukan aktiviti maksiat. “Sepanjang tempoh lima bulan saya bekerja di sini, kerap kali saya menemui kondom, pakaian dalam wanita dan lelaki di merata kawasan riadah ini.

“Mereka yang melakukan maksiat ini langsung tidak mempedulikan orang ramai yang berjoging ataupun bersenam di sini kerana apabila ditegur kami pula yang akan dimarahi oleh mereka,” katanya kepada Sinar Harian. Junaidah berkata, pondok rehat dan kerusi yang dibina untuk kemudahan orang ramai berehat seringkali dijadikan sebagai lokasi pasangan melakukan aktiviti tidak bermoral itu terutama pada waktu hujan dan cuaca agak sejuk.

Menurutnya, pada waktu dia menjalankan tugas, dia juga pernah melihat pasangan berpelukan, bercium dan ada di antara pasangan yang melakukan lebih daripada itu.

Pengunjung, Shahrul Azilan Said, 38, berkata, dia juga sering melihat pasangan melakukan maksiat di sepanjang kawasan taman itu sewaktu membawa keluarga beriadah pada waktu petang.

“Saya kerap mengunjungi taman ini untuk melakukan senaman dan beriadah bersama keluarga namun apabila perkara ini berlaku, ia menunjukkan perkara tidak baik kepada anak saya yang masih kecil. “Setiap kali saya datang ke sini, pasti saya akan terlihat pasangan berdua-duaan malahan lebih teruk lagi apabila mereka turut menjadikan lokasi ini sebagai tempat untuk melepaskan nafsu,” katanya.

Shahrul berkata, penguatkuasaan dan pemantauan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) perlu dilaksanakan segera bagi membendung masalah yang berlaku di kawasan ini. Menurutnya, dengan adanya penguatkuasaan yang kerap daripada pihak terlibat, gejala ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.
 Seorang lagi pekerja di Taman Jubli Perak, Nabilah Yusof, 19, berkata, gejala yang berlaku di kawasan taman itu perlu dibendung agar keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dapat dielakkan. Nabilah berkata, pasangan yang melakukan maksiat di kawasan itu juga seharusnya malu dengan apa yang mereka lakukan dengan orang ramai yang menggunakan kawasan taman ini untuk melakukan aktiviti sukan.

 “Usaha membanteras gejala ini bukan sahaja terletak pada pihak yang bertanggungjawab malahan semua pihak termasuklah orang ramai yang mengunjungi kawasan taman ini,” katanya.

Published with Blogger-droid v2.0.6

1 comment:

Anonymous said...

Ngatkan bila PAS pegang, xdak la masalah asas cani... beromen sana sini, pakat beli makan masa thari bulan posa... PAS cakap bedegang pasai Hudud.. Rakyat terima kalau depa xwat hudud pon, tapi sekurang2nya banteras la masalah cani y dulu UMNO xleh wat...sama ja la hangpa...

Kamon la PAS.. Demerit hangpa dok kena potong skit2 dah ni... Markah UMNo xpenah nek pon, tapi kalau hangpa asyik kena potong demerit, kurang pada UMNo markah hangpa nanti..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...