Pic Hiasan Kak Nita Memakai Selendang |
Namun, baru-baru ini, sekumpulan peminat mendakwa terserempak penghibur tersohor itu di Texas, Amerika Syarikat (AS) dengan penampilan yang cukup berbeza. Mereka mendakwa, penyanyi yang pernah bermastautin dan menghiburkan pengunjung di Ceaser Palace, Las Vegas itu mengenakan jubah serta bertudung ketika ditemui di sebuah kompleks beli-belah.
Namun, ketika itu, Anita yang mesra dipanggil Kak Nita dilihat berjalan sendirian tanpa ditemani suami, Mahathir Abdullah,
Salah seorang daripada peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Adi berkata, mereka melaungkan nama Kak Nita dua kali dan penyanyi itu sempat menoleh sekali sebelum bergegas meninggalkan lokasi berkenaan.
Sekiranya benar gosip ini, semoga Anita Sarawak akan senantiasa mengekalkan penampilan ini, kerana perubahan ini merupakan satu titik permulaan untuk mendekati asas sebagai seorang umat islam...
Alhamdulillah. Lebih menarik kalau peminat yang terserempak itu dapat berkongsi gambar yang bertudung dan berjubah di Las Vegas itu
A.S juga berharap Kak Nita berubah ke arah yang lebih Islamik. Memakai tudung mengikut sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syariah.
A.S juga amat yakin jika kak Nita berubah memaka tudung litup sekalipun, sikap beliau takkan berubah 100% sebagaimana apa yang telah terjadi kepada Abby Abadi yang jelas kelihatan terlalu ujub dan riak selepas dihasut oleh syiatan-syaitan PAS!
1 comment:
Berita palsu yang mengatakan Anita bertudung dan berjubah. Dia masih seperti dulu dan tidak tinggal di Vegas. Leave her alone.
Post a Comment