Lintas langsung pembentangan Belanjawan di Parlimen pada telah bermula Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk
Seri Najib Razak disiarkan menerusi RTM, TV3, NTV7, ASTRO, TV
ALHIJRAH dan BERNAMA.
Dalam perkembangan lain pembentangan bajet 2013 juga boleh ditonton
menerusi video live streaming di internet dengan melayari url laman web berikut dengan pantas:
http://www.treasury.gov.my/mof_stream.html
Berkaitan teks ucapan bajet,boleh diperolehi oleh orang ramai pada 28
September 2012 jam 5.30 petang di Lobi, Blok Tengah, Kementerian
Kewangan, Presint 2, Putrajaya dan boleh juga dimuat turun melalui Laman
Rasmi Bajet 2013 www.treasury.gov.my pada jam 6.00 petang.
Sumber turut berkata bajet tahun depan akan memperlihat perbelanjaan
kerajaan hanya meningkat sedikit berbanding jangkaan perbelanjaan 229
bilion ringgit tahun ini.
Ini bagi melaksana program meningkatkan nilai hidup rakyat termasuk
pelaksanaan lebih banyak program perumahan mampu milik untuk rakyat,
mempertingkat jaringan pengangkutan awam, menjaga keselamatan rakyat,
pendidikan dan kemudahaan latihan.
Sumber turut menegaskan, ramai yang akan melabel Bajet 2013 sebagai
bajet pilihan raya dengan pelbagai program mesra rakyat dilancar tetapi
perlu diingat, janji peningkatan taraf hidup rakyat sudah menjadi antara
tunjang utama Datuk Seri Najib sejak bergelar Perdana Menteri April
2009 lalu.
Insya Allah, bajet yang akan dibentangkan akan memuaskan seluruh rakyat Malaysia sejajar dengan keprihatinan PM dengan slogan rakyat diutamakan.
No comments:
Post a Comment