‘Hidden Cost’ Dalam Janji PR Yang Kita Perlu Tahu


PENULIS yakin di saat ini, Anwar Ibrahim sedang mengarahkan punahsihat-punahsihat bahasanya mencari perkataan-perkataan melayu lama yang boleh disamakan dengan “janji pilihanraya” atau yang biasa disebut, manifesto.
Anwar sudah tidak boleh guna perkataan manifesto sebab rakyat sudah tahu sekarang pendirian Pakatan Rakyat mengenai manifesto ini – bukan perjanjian, seperti yang disebutkan Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap Ibrahim.

Dalam hati Anwar menyumpah kebodohan Khalid mengungkapkan perkataan tersebut terlalu awal.  Memang itulah maksudnya bila janji lebih 30, laksananya 1 (itupun bukan semua dapat), tapi cara disampaikan itu kena betullah, jangan nampak sangat.
Luah Anwar, dalam hati.

Tapi macam orang buang angin juga, apa yang sudah terlepas disebut, terlepaslah, bukan boleh tarik balik semula.  Sebab itu perlu dicari perkataan baru untuk menggantikan ayat ‘manifesto’ yang dicemarkan Khalid.
Sekarang rakyat sudah tidak boleh dengar pun janji bulan bintang Anwar sebab tahu bukan nak dilaksanakan sangat, asal dapat kuasa sahaja.  Apa yang berlaku selepas itu, serah pada Mahkamah, lagipun pakar putar belit undang-undang, berbaris dalam Pakatan harami ini.  Itu yang terkeluar ‘manifesto bukan janji’ tu.

Politik macam inilah yang rakyat perlu elakkan sama sekali.  Kita rakyat nak lihat hasil.  Kalau dalam manifesto tulis air percuma, kita tahu dapat air percuma.  Bukan lepas dapat kuasa, baru kita tahu air percuma itu hanya untuk rumah bawah saja, yang rumah atas tidak dapat sebab tak pakai meter individu tapi meter pukal.

Macam ‘hidden cost’ pulak.  Ingat jual tiket kapal terbang saja ada ‘hidden cost’, janji pilihanraya kepada rakyat pun ada ‘hidden cost’ juga?

Begitulah rendah maruah rakyat dibuat Pakatan haram ini sampai janji kepada yang mengharap pun dia main isu teknikal semata-mata nak lepas janji.  Paling hina, tukar nama pakatan pembangkang, masa buat janji guna nama Barisan Alternatif (BA), dah dapat kuasa tukar nama Pakatan Rakyat.
Semuanya akal Anwar Ibrahim nak melepaskan diri dari bertanggungjawab.
Toksah percayalah puak-puak ini lagi ya.  

Anwar tipu berjuta orang bukan baru.  Ingat lagi pembohongan terbesar 16 September?  Macam confident saja nak bentuk kerajaan, hingga tengah malam itupun “we have the numbers”, “we have the numbers”, tapi dah masuk 5 tahun dah, haram pun takde.-mykmu.net

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...