Guan Eng Lanun Kantoi Terjerat Dengan Penipuannya Sendiri

Oh Tong Keong menunjukkan salinan sijil pembayaran wang pendahuluan bagi membeli tapak tanah di Taman Manggis, (kiri) dan salinan sijil penjualan tanah berkenaan kepada KLIDC Sdn. Bhd. pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

Apa lagi yang Guan Eng mahu pusing?
Seharusnya Guan Eng jangan menerima wang deposit sebanyak RM222,073 tempohari.
Guan Eng juga tidak seharusnya mengeluarkan surat tawaran jualan tapak tanah tersebut dan menghantar gunakan despatch ke pejabat BN Negeri Pulau Pinang tempohari.


Guan Eng jelas dan nyata telah mempermainkan hak rakyat miskin di Pulau Pinang.
Guan Eng penipu telah mrampas hak orang miskin dan memberikannya kepada kapitalis yang hanya pentingkan keuntungan semata-mata.
Masihkah pecacai pakatan buta hati melihat apa yang Guan Eng telah lakukan?

**********************

Tapak PPR sah milik swasta

Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang terus berdolak-dalik dan belum menyediakan perjanjian jual beli tapak projek perumahan rakyat (PPR) Taman Manggis di sini kepada Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri kini terjawab.

Pemuda BN negeri yang melakukan proses carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dua hari lalu terkejut apabila mendapati tanah tersebut telah dipajakkan oleh Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC) kepada sebuah bank pada 21 November tahun lalu.

Ketuanya, Oh Tong Keong berkata, ini menunjukkan tanah berkenaan kini milik KLIDC tetapi pada masa sama dijual Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada Pemuda BN negeri yang telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM222,073.-Bernama

1 comment:

Anonymous said...

dia nak jual bagi pihak lain nanti dapat komisyen, banyak oooo 22juta - 11juta = 11 bahagi 2, kayoooooo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...