Aku bukannya nak sokong apa jua penganjuran konsert tambahan pula melibatkan artis negara luar.
Apatah lagi aku nak sokong gay sebagaimana geng LGBT pro Anwar sedang perjuangkan sekarang.. Yucckkss..
Cuma kita kena realistik, tiada pun paksaan orang Islam diwajibkan hadir ke konsert itu. Banyak lagi kerja dakwah kita boleh lakukan di luar sana daripada buat kecoh hal yang tak signifikan kepada negara kita sebagaimana kehadiran Elto John ini.
Elton John pun bukannya diberi slot khas di pentas konsert ataupun di media massa untuk sebarkan pengaruh Gay di malaysia ni sebagaimana puak LGBT yang pro pakatan perjuangkan hak mereka di merata-rata.
Yang tu pecacai PAS tak mau kecoh pulak!!
Semua ni tak lebih dari nak raih publisiti murahan!
Di Malaysia ni pun ramai pengacara gay,penyanyi gay.
Apa hal pulak
elton john pulak kena?
Dia datang menyanyi bukan nak tunjuk dia gay ka
apa...tu hal peribadi dia...
Kalau kita halang elton john...apakah gay akan tiada dinegara kita ?
*****************
Dewan Pemuda Pas Pahang mempertahankan pendirian membantah
konsert Greatest Hits Tour melibatkan penyanyi gay Elton John di Arena
of Stars, Genting Highlands, 29 November depan. Ketuanya, Shahril Azman
Abdul Halim Al-Hafiz berkata, Pas hanya melontar pandangan kerana
konsert itu bukan sahaja tidak sesuai dengan budaya negara ini malah
boleh disifatkan sebagai program maksiat.
“Nabi Muhammad SAW ada menyebut sesiapa yang melihat kemungkaran
perlu mengubahnya dengan tangan, jika tidak mampu dengan tangan, ubah
dengan lidah dan jika tidak mampu dengan lidah, ubah dengan hati. “Ubah
dengan hati ini bermakna membenci dan dalam konteks konsert tersebut
kita (Pas) anggap ia program maksiat dan untuk apa kita hendak sokong
program yang membawa konsep maksiat,” katanya ketika dihubungi Utusan
Malaysia di sini hari ini. “Kita (Pas) tidak kata Malaysia akan jadi
seperti Britain yang mengiktiraf perkahwinan sejenis, tetapi membenarkan
konsert itu seolah-olah kita mengiktiraf golongan sedemikian yang
sememangnya dilaknat oleh Allah SWT,” katanya.
Ekoran kenyataannya membantah penganjuran konsert Elton John, 64, di Genting Highlands itu, Shahril Azman dikritik pelbagai pihak, termasuk oleh beberapa laman blog. Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ketika mengulas bantahan itu turut menasihatkan Pas supaya ‘jangan tiru Taliban’ sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.
Ekoran kenyataannya membantah penganjuran konsert Elton John, 64, di Genting Highlands itu, Shahril Azman dikritik pelbagai pihak, termasuk oleh beberapa laman blog. Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ketika mengulas bantahan itu turut menasihatkan Pas supaya ‘jangan tiru Taliban’ sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.
p/s: Apa komen Bang Non dalam isu ini????
No comments:
Post a Comment