Nik Aziz mahu penceramah Pas guna ayat suci al-Quran
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu penceramah mewakili partinya menggunakan ayat-ayat suci al-Quran yang sesuai dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Menurutnya, berdasarkan keadaan negara yang kian menghampiri pilihan raya umum, beliau mengingatkan kalangan penceramah menggunakan ayat-ayat al-Quran bagi menterjemah kepada rakyat mengenai pembentukan kerajaan Islam.
“Apabila ceramah (kita) kena sebut ayat al-Quran. Sekarang ini dekat dengan hari mengundi, (jadi) bacalah ayat sesuai berhubung membentuk kerajaan Islam,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno (PGU) 6.0, di Paka, kelmarin.
Beliau menjelaskan, sebagai penceramah dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam, penggunaan ayat-ayat suci al-Quran digalakkan sebagai penegasan kepada rakyat sesuai dengan perkembangan semasa.SH
KESIAN TENGOK ORANG TUA NI. DAH SEMAKIN DEKAT DENGAN PRU, MAKIN KRONIK NAMPAKYA PEMIKIRAN DIA.
NAMPAK SANGAT AYAT AL QURAN DIGUNAKAN HANYA UNTUK MERAIH UNDI DAN MENGABUI MATA RAKYAT KUNUNNYA MEREKALAH ALIM, MEREKALAH WARAK PADAHAL SEBAHAGIANYA HAPRAK.
DAH JELAS KARPAL DAN KITSIANG MENOLAK SEBARANG USAHA MEWUJUDKAN NEGARA ISLAM DAN HUKUM HUDUD, NIK AZIZ NI NYANYUKNYA DAH KRONIK TAHAP MAKSIMA DAH!
1 comment:
sejak dahulu lagi penceramah pas dok guna ayat al-quran ... sebelum ceramah mereka baca doa agar lancar berpidato ... baca ayat al-quran ... baca hadis ... lepas tu semasa berceramah mereka menabur fitnah contohnya mereka kata ada seorang datuk dari pimpinan kerajaan menonton vidio lucah dengan cucunya ... mereka memberi gelaran hina kepada pimpinan kerajaan dengan berkata badwi di Malaysia mengjaga babi ... semua itu adalah adat islam yang diamalkan oleh pas semenjak dari dahulu lagi ... apabila kerajaan mahu menyekat perbuatan mereka itu ... mereka tuduh kerajaan takut dengan ayat suci alquran dan hadis yang mereka baca ... mereka tuduh kerajaan mahu menyekat syiar islam yang mereka bawa ... mereka tuduh kerajaan zalim ... itulah modal mereka ... berlindung disebalik kesucian islam untuk menyebar fitnah ...
Post a Comment