Berita dan laporan dari media-media pro pakatan haram boleh dikatakan kesemuanya mencanangkan kehadiran di HKR Peringkat Negeri P.Pinang di Padang Awam Jawi,Nibong Tebal semalam tak kurang dari 15,000 orang hadir.
Aku tak berkesempatan untuk turun ke tapak ceramah maki hamun fitnah tersebut semalam kerana sedang berada di luar kawasan.
Namun secara jelas dan jujur dari beberapa orang informer yang pergi ke program semalam rata-rata memberitahu kehadiran tak lebih dari 4,000 orang. Bayangkan hanya keluasan separuh padang bola sepak yang dipenuhi orang. Tak logiklah kan kalau 15,000 yang hadir kan? 4,000 itu pun dicampur pula yang duduk di tepi-tepi jalan dan tempat ceramah.
Ini program peringkat negeri! Jika jumlah kehadiran hanya sebanyak itu dari seluruh negeri dicampur pula dengan sebahagian hadirin ramai yang datang dari daerah sempadan negeri seperti Parit Buntar dan Kulim Bandar Bahru, ia jelas mampu membuatkan Anwar masih tak boleh tidur lena. Penduduk tempatan Nibong Tebal boleh dianggarkan 30-40% sahaja.
Pemilihan padang Jawi dlm Parlimen N.Tebal dari 13 kawasan Parlimen dalam P.Pinang bukti Anwar jelas risau dan teramat khuatir kerusi Parlimen Nibong terlepas ke tangan Umno kembali yang nampak bersungguh-sungguh melakukan 1001 usaha untuk merampas kembali kerusi tersebut.
Tambahan lagi,Nibong Tebal merupakan Parlimen di bawah Pengerusi Badan Perhubungan Umno P.Pinang yang membuatkan Anwar mahu serang habis-habisan kerana pada tahun 2012 sahaja, tak kurang dari 8 kali Anwar mengadakan ceramah besar-besaran dalam setiap kawasan Dun dalam Nibong Tebal.
2 comments:
member hang kaki kencing, dia tak nak bagi hang ketaq.. relax la bang..
Aku teringat dalam satu majlis tak lama dulu, org tu kata dalam firasatnya tok non bakal jadi pm satu hari nanti betul ke?oleh itu org umno nibong tebal gandakan usaha menangkan tok non
Post a Comment