Ibu terkilan anak dilaporkan mati #LahadDatu

AZMAN yang cedera dirawat di Hospital Lahad Datu semalam.

Hati ibu seorang anggota polis hampir luluh selepas anaknya itu dilaporkan menjadi korban ketiga dalam pertempuran pihak berkuasa keselamatan Malaysia dengan kumpulan pengganas Sultan Sulu di Kampung Tanduo dekat sini pagi kelmarin.

 Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 60, berkata, berita kematian anaknya, Koperal Azman Ampong, 38, menerusi sebuah saluran televisyen hampir menyebabkan dia pitam di rumahnya di Semporna.

 "Saya diberitahu oleh jiran-jiran tentang anak saya sudah mati, tapi saya tidak percaya sebab tidak ada pengesahan oleh pihak berkuasa," katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Lahad Datu (HLD) dekat sini semalam.

 Azman yang cedera terkena tembakan di punggung dan paha, bagaimanapun, sempat menelefon isterinya, Marina Djapar untuk memberitahu dia masih hidup. Marina, 34, tiba di HLD pada pukul 2.15 petang semalam bersama empat anaknya menaiki kenderaan polis sebelum menghabiskan masa lebih dua jam melawat suaminya. Usaha menemu bual Marina tidak berjaya memandangkan dia enggan memberikan sebarang kenyataan.

4 comments:

Anonymous said...

SATU PERMINTAAN SY PD MAKCIK. SURUH SEMUA POLIS SOKONG UMNO. KALAU MAKCIK NAK TAU, UMNO SEBENARNYA PUNCA KEPADA MASALAH NI. DEMI NAK PERTAHAN KUASA, MEREKA SANGGUP BERI IC PADA PENDATANG. SEKARANG SENJATA DAH MAKAN TUAN. MAKCIK TAK SENANG JUGA. MAMAK KUTTY YG BERI IC DAH JADI BILLIONAIR.

Anonymous said...

Anon 6:52 ... hoi kau ni tak abis lagi dengan teori lapuk kau .. ini kes penceroboh Geng Kiram ini adalah angkara si Anu yang memberi janji Palus pada geng Kiram yang dia sokong utuk beri kuasa pada Geng Kiram ...

Anonymous said...

Anon... yg dtg menceroboh tu yng baru smpi di sabah mereka bukannya rakyat sabah, malaysia..sembarang jak ko ckp..
Ko tgk siapa yg sanggup gadai apa sahaja untuk tumbangkn bn di sabah.

Anonymous said...

sbg anggota PDRM sy snggt bangga dgn anngota PDRM/ATM..perasaan sedih /marah kepada sahabat yg tumbang mmng xdpt diungkap dgn kata2...wlupun xbpeluang utk pg sana...tp doa sy sebgi warga malaysia sntiasa ada utk anada semua ....allahuakbar..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...