Pagi ini, calon Barisan Nasional (BN) Seputeh Nicole Wong yang bakalmenewaskan Teresa Kok pada Pilihanraya Umum (PRU13) akan datang ini dalam rangka lawatan di sekitar kawasan Sri Petaling selepas menghadiri program senaman pagi bersama kira² 50 orang penduduk di Salak Selatan.
Semasa dalam perjalanannya ke Salak Jaya, Nicole terserempak dengan sebuah kemalangan yang baru saja berlaku di persimpangan kawasan Sri Petaling. Kemalangan tersebut melibatkan seorang wanita yang menunggang motosikal.
Mangsa yang dikenali sebagai Chan Meng Youk, 49 mengalami kecederaan di muka dan anggota tangan serta kaki dalam perjalanan dari rumahnya di Kg Baru Salak Selatan.
Calon BN Seputeh ini terus bertindak membantu wanita ini tadi dan menghubungi Ambulans untuk tindakan selanjutnya.
Inilah contoh terbaik yang harus dilihat dan diteladani oleh rakyat Malaysia. Waima dalam keadaan sibuk sekali dan bergegas ke tempat² yang lain. Keutamaan harus diberikan kepada mereka yang memerlukan bantuan.
Hal ini berbeza sekali dengan sikap 'bekas' Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang bukan saja gagal tetapi amat berkira dan kedekut untuk turun membantu pengundi yang telah memilihnya semasa PRU 12 (2008) yang lepas.
Lihat video di bawah.
3 comments:
http://bit.ly/17i4FjA
Sheikh Qaradawi believes @AnwarIbrahim capable of performing for Malaysia’s development and progress.
kah kah u believe he capable( anuar asshole ) kiss my ass u gay boy since u like anwar ahahahahaha
such a joke that i hear from someone who support gay, i bet u gay right samuel since u like anuar XD wakakakakak
Post a Comment