Video Adegan "pak cik dayus" apabila rumah di lelong tersebar..



Pembeli Rumah Lelong Wajib Tonton Ini adalah antara situasi yang terpaksa dihadapi oleh pembeli rumah yang dilelong kan oleh Bank apabila si penghutang/ atau penyewa tidak mahu mengosongkan rumah.

Memang ada cara undang-undang menggunakan perintah Mahkamah untuk memberi arahan mengosongkan rumah.. namun sebaiknya kita tidak mahu menggunakan cara kekasaran sebegitu.. Namun ada ketikanya... tiada cara lain melainkan perintah Mahkamah terpaksa digunakan...Sebagai orang Islam.. apabila kita berhutang dengan mana-mana Pihak termasuk Bank..

kita wajib bayar hutang tersebut..jadi tidak salah bagi pihak Bank untuk melelong rumah yang kita diami kerana ianya bukan hak milik mutlak kita lagi...



4 comments:

Anonymous said...

Kes macam ni baru je jadi kat aku....tapi penyewa tu ingat aku mangkok hayun,takut kat depa....tindakan aku senang je....aku pergi tnb tutup akaun elektrik pas tu aku gi pejabat air tutup akaun air. Bila kedua2 kemudahan asas dah takde, penyewa hamun aku. Aku pun apa lagi, aku maki2 depa pulak suruh sedar diri. Last sekali depa surrender jugak. Aku pun dah stby buat report polis, tu lah pasai aku tak gabra.

usin said...

barang boleh setel la bro. skil mau ada;
1, bincang baik2 tuan lama dgn tuan baru. tuan lama kena bayar sewa sbb tuan baru tu adalah pemilik rumah tersebut.
2. pegi potong api dan air rumah tersebut dgn menggunakan kelebihan geran rumah. biar isi rumah slow-slow pergi. jangan tengok, kesian.
3. buat repot polis. datang ke rumah yg dibeli dgn diringi polis, tengok samada berani lg cakap mcm tu.
4. maki balik kalau dah melampau. dah berhutang, bayar la. kalau rumah dah kena lelong kan susah. apa pasal kena lelong? sebab culas bayar hutang dan ingat bank tak akan buat apa, cenggitu? adat berhutang, memang kena bayar.
5. kalau baik sangat, sedekah je rumah tu kt pemilik asal. tapi dalam kes ni, huh!!!tidak la. mulutnya mcm longkang....

Anonymous said...

ni bukanya kes "pak cik dayus"..
kes pakcik/mamat bodoh ni...
nak pegi jumpa si penyewa..
tp xbuat persiapan...
kata dah stahun !!!
last2 balik gitu je..

betoi kata si usin tu...
jadikan kes ni kes polis..
selesai masalah !!

Anonymous said...

Kita juga kena kes macam ni, penyewa adik ipar (sebelah suami) duduk bertahun2, susah nak dapat sewa tiap2 bulan, bila minta, macam2 alasan diberi. Kita diburuk2kan. Suami tak tahan, dia buat aduan polis, semua utitily rumah dipotong termasuk astro, internet (sebab dia gunakan nama suami untuk melanggan). Lepas tu dia pindah, tapi keadaan rumah terok dibuatnya. Dia conteng2 dinding dan rosakkan dapur, tandas dipecahkan. Kita buat polis report, tindakan diambil, dia kena bayar ganti rugi, sampai sekarang dah bertahun, tak bertegur, tak pernah minta maaf. Cerita2 dari ahli keluarg, dia buat perangai sama di tempat lain, masih kaki gadoh, tak serik2. Orang2 gini ingat harta kita harta dia juga, tak malu langsung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...