Antara RM10,000 dengan 10,000 Spanish Crown..

Penang Road awal 70an

Kedah berhak menuntut Pulau Pinang berdasarkan fakta undang-undang yang masih relevan.
Pulau Pinang dan Seberang adalah milik Kedah yang sah. 
Macau dan Hong Kong dikembalikan kepada China.
Begitu juga dengan Daerah Dinding dan Pulau Pangkor semasa penjajahan Inggeris adalah Negeri-Negeri Selat tetapi diserahkan kepada Perak.

“Kenapa Pulau Pinang dan Seberang Perai tidak diserahkan kepada kepada Kedah selepas merdeka? Mengenai royalti sebanyak RM10,000 yang diberi kepada Sultan Kedah ketika itu, mengikut perjanjian lisan sebanyak 10,000 wang Sepanyol dan ada perbezaan nilai dengan Ringgit Malaysia.

Sepanyol ketika itu adalah kuasa besar dunia dan nilai wangnya diperakui di peringkat antarabangsa dan sudah tentu nilai sekarang sudah jauh beza.

Perjanjian pajakan antara Sultan Kedah dengan wakil Inggeris iaitu Kaptain Francis light pada tahun 1800 perlu dikaji semula secara rasional. Keadaan sudah berubah berbanding 220 tahun dahulu yang meganggap kadar RM10,000 setahun adalah tinggi dan menguntungkan Kerajaan Negeri. Menerusi penjanjian itu Pulau Pinang dikenakan RM6,000 manakala Seberang Perai RM4,000 setahun. Perjanjian dilakukan kerana Sultan Kedah ketika itu merayu kerajaan Inggeris memberi bantua ketenteraan kerana Kedah diancam oleh Siam.

Dalam perjanjian lisan itu Kaptain Francis Light tidak menyerahkan surat permohonan Sultan Kedah ke-20 iaitu Sultan Abdullah Mukarram Shah yang memohon bantuan ketenteraan daripada pihak Syarikat Hindia Timur di Benggala, kerana ancaman oleh Burma dan Siam. Sebaliknya jawapannya secara lisan ialah pihak Inggeris hanya akan mempertimbangkan permohonan itu, bagaimanapun Sultan Abdullah telah bermurah hati membenarkan Kaptain Francis Light duduk sementara di Pulau Pinang.

Bukan pajak sebenarnya, tapi Sultan Kedah masih ada hak ke atas Pulau Pinang dan Seberang Perai dan hal itu belanjutan sampai Light mati,”. Mengenai perjanjian sempadan Kedah dengan Seberang Perai, ia dimerterai pada 19 September 1867 antara Sultan Kedah Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat bagi menggantikan perjanjian awal yang dibuat pada 2 November 1831.

Sempadan yang dimaksudkan itu mengikut tebing Sungai Muda hingga ke hujung Bukit Mertajam di sebelah Timur terus ke Bukit Panchor hingga tebing Sungai Kerian. “Oleh kerana bayaran itu berjalan sehingga sekarang ini bermakna Pulau Pinang serta Seberang Perai adalah hak Sultan Kedah secara mutlak dan Kerajaan Negeri berhak mengambil balik wilayahnya.

Apa komen Guan Eng jahanam Ketua Menteri Pulau Pinang dalam hal ini?
Mesti banyak auta si tokong ni pusing untuk mengelak dari membayar lebih terhadap pajakan tanah Kedah dan penggunaan air dari Kedah!

1 comment:

Anonymous said...

penjanjian air antara malaysia dengan singapura tak nak kaji ker?harga dia dah x relevan lah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...