Faktor dan Sebab Musabab Wajah Calon Ketua Pemuda Pas Bertukar menjadi anjing diperjelaskan sejelas jelasnya..


Artikel ini adalah lanjutan dari artikel aku sebelum ini di sini yang menunjukkan betapa kempen pemilihan pas dicemari dengan tektik yang begitu kotor dan jijik sekali sehingga mengaibkan calon ketua pemuda pas ini.

Namun hasrat sebenar pembikin gambar di atas adalah untuk memastikan golongan liberal tidak menguasai tampuk kepimpinan Pas. Pengendali akaun Facebook Fikrah Islamiah Pilihan Kami yang identitinya masih menjadi teka-teki bertekad untuk menghalang kemenangan calon-calon liberal dalam Muktamar Pas Ke-59, 22 November ini.

Beliau yang mengakui ahli Pas berkata, pasukannya akan terus berkempen secara sihat bagi menghalang golongan parasit daripada terus merosakkan jemaah dan perjuangan Islam.
Menurutnya, tujuan pasukannya adalah untuk memastikan calon-calon yang berfikrah jelas dalam perjuangan Islam memenangi jawatan-jawatan penting dipertandingkan.

"Kemenangan calon-calon berfikiran liberal seperti Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar serta calon Ketua Dewan Pemuda, Zulhazmi Shariff adalah cukup berbahaya untuk parti khususnya dan nasib umat Islam di Malaysia.

"Kemenangan calon-calon liberal ini sudah pasti akan menghalang usaha-usaha penyatuan ummah dan orang Melayu yang telah sekian lama kita idamkan bagi sebuah negara Islam yang menjadi matlamat perjuangan seluruh pencinta parti," katanya dalam kenyataan dipaparkan pada akaun Facebook Fikrah Islamiah Pilihan Kami.

Pada 10 November lalu, Facebook Fikrah Islamiah Pilihan Kami memaparkan imej seekor anjing bagi menggambarkan Zulhazmi.
Zulhazmi menyifatkan taktik itu sebagai 'kempen jijik' dan meminta pucuk pimpinan Pas menyelesaikan siasatan sebelum muktamar bermula.
Berhubung isu tersebut, pengendali akaun Facebook Fikrah Islamiah Pilihan Kami memohon maaf kepada semua ahli Pas terutama para perwakilan.

"Kesilapan ini sebenarnya berpunca daripada ahli baharu dalam pasukan ini yang masih belum luas pengalaman serta terlalu mengikut perasaan dan emosi ketika menulis," jelasnya.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dalam kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya hari ini menempelak cubaan segelintir pihak mencatur keputusan muktamar parti.

"Ini tidak selayaknya berlaku. Saya sebut, mujur mereka ini tidak menjadi perwakilan. Jika tidak, habislah Pas jadi lunyai seperti roti canai," ujarnya. 

3 comments:

Anonymous said...

Wajah anjing itu sebenar ialah anjing Melayu dari UMNO.

Anonymous said...

Salam Bro,penulis 12:23 tu kenapa ? Tak pasal-pasal melibatkan UMNO pulak ? PAS yang nak bergaduh,UMNO pulak yang nak disalahkan !Allah Yang Maha Mengetahui !

Anonymous said...

Bodoh betul pecacai dapig 1223 tu, kasihannn kt mak dia yg melahorkannya dpt anak bengap sebegitu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...