2 Gambar Jawatan Yang Sama Tapi Gelaran Berbeza #PenangSingapore

Pulau Pinang sebagaimana negeri lain di Semenanjung sudah lama menggunakan gelaran Exco ataupun Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi ADUN yang memegang portfolio peringkat negeri.

Lainlah di Sabah dan Sarawak, mereka sejak 60an sudah gunakan gelaran Menteri bagi Jawatan exco peringkat negeri. 

Aku tertarik dengan gelaran yang digunakan oleh YB Phee Boon Poh adun sungai puyu dalam sebuah buku cenderamata yang tanpa segan silu menggunakan jawatan bergelar menteri di Pulau Pinang. 
Beliau mungkin berasa beliaulah paling hebat di Penang dan dalam kepalanya beliau bayangkan Pulau Pinang ini seperti Singapura. Pada aku penggunaan gelaran ini tidak betul dan mengelirukan rakyat.

Berbeza dengan exco yang lebih kanan iaitu pengerusi DAP Pulau Pinang YB Chow Kon Yeow memang aku selama ini melihat beliau sememangnya seorang pemimpin yang sentiasa merendah diri. Mungkin disebabkan itulah YB Chow mendapat undian tertinggi dalam pemilihan CEC Penang.


Adakah ini impian Dap untuk menjadikan Penang sebagai Singapore  kedua??

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...