Lagi bukti terbaru kezaliman dan ketidakadilan rejim Dap Pulau Pinang Terhadap Peniaga Melayu!

Aku nak kata kat machai pakatan, masih butakah mata untuk melihat apa yang berlaku dalam pemerintahan Rejim Dap Pulau Pinang?

Aku bukan nak berniat rasis namun korang nilaikanlah sendiri dari laporan akhbar ini dimana jelas dilihat peniaga melayu dipinggirkan sehingga ditarik balik lesen mereka.

Sedarlah wahai penyokong pakatan sebelum terlambat dari terus dianiaya oleh rejim Dap yang cukup zalim dan tak bertimbangrasa terhadap orang melayu khususnya di pulau pinang.

SUNGAI NIBONG - Belum pun mula berniaga, namun Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengambil tindakan menarik kembali lesen daripada peniaga di sini.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Nibong Indah, Mohd Nazri Idris berkata, peniaga yang terlibat adalah mereka yang berada di Kompleks Makanan Medan Teluk Bayan yang terletak kira-kira 200 meter dari Terminal Bas Sungai Nibong.

Menurutnya, dia kecewa dengan tindakan MPPP tersebut memandangkan pihaknya masih belum menjalankan sebarang perniagaan di situ sejak setahun lalu.

“Tahun lalu, kami diberi ruang perniagaan oleh MPPP dalam kompleks makanan sama dengan tempat peniaga bukan Islam.

“Namun peniaga Islam yang akan menjalankan perniagaan mengalami masalah berikutan ruang makan yang terpaksa bercampur dengan makanan tidak halal, dan dari situ kami mohon MPPP membuat beberapa
pengubahsuaian supaya kami dan pelanggan akan lebih selesa.

Bagaimanapun, kerja pengubahsuaian berkenaan tidak menepati standard sebenar, tambah kurang menyenangkan apabila ada peniaga asal di situ membina ruang tambahan di bahagian belakang kompleks makanan tersebut.

“Mereka (MPPP) tempatkan kami di bahagian belakang kompleks, tetapi sehingga kini MPPP ibarat pejam mata melihat peniaga membina ruang tambahan secara haram, macam mana pelanggan kami hendak masuk kalau ruang tidak selesa begini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Mohd Nazri juga mendakwa terkilan dengan sikap MPPP yang sebelum itu dilihat beria-ia turun padang dan bertemu penduduk.

Jelasnya, perjumpaan bersama dengan penduduk itu diadakan sebelum PRU lepas.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan penduduk di situ sebelum ini kecewa dengan tindakan peniaga yang menjalankan perniagaan sehingga mengganggu orang ramai akibat bau masakan.

Terdapat desakan supaya peniaga dipindahkan, namun kesemua peniaga enggan berpindah berikutan tempat baru yang kurang menguntungkan.

Sebaliknya, bagi mengatasi masalah tersebut, MPPP menyerahkan ruang tapak niaga kepada penduduk untuk turut sama berniaga.

Mohd Nazri berkata, bukan tidak mahu, namun beberapa isu dilihat tidak dipandang secara sensitif.

Menurutnya, pihaknya menggesa MPPP mengembalikan hak berniaga di situ berikutan penduduk bercadang mahu membuka kedai runcit atas nama persatuan.

“Kami fikir jika MPPP tidak mahu membuat pengubahsuaian sehingga makanan halal terpaksa bercampur dengan tidak halal, jadi kami akan mengubah ruang belakang menjadi kedai runcit.

“Saya sudah menghubungi Adun Pantai Jerejak, Datuk Mohd Rashid Hasnon, namun dia berada di luar kawasan, namun berjanji untuk melihat perkara ini,” katanya.-SH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...