MB Ganu Ni Betul Serius Nak Hapuskan Rasuah..
ADUN Terengganu Angkat Sumpah Depan SPRM, Mufti..
Mulai tahun hadapan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pegawai kanan Kerajaan Terengganu akan dikehendaki mengangkat sumpah di hadapan SPRM dan Mufti selain memegang al-Quran. Menyatakan demikian Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah ini bertujuan untuk menentukan pembuat pengakuan berlaku jujur dan amanah dengan tanggungjawab yang digalas.
“Jika mereka hendak lakukan juga (rasuah), itu terserah kepada mereka, urusan dengan Allah, yang penting kita sudah beritahu bahaya rasuah, sudah bagi penerangan dan langkah pencegahan yang perlu dilakukan,” katanya. Ahmad bercakap kepada pemberita pada Program Transformasi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mencegah rasuah kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sini hari ini.
Katanya, kerajaan negeri akan meneruskan tradisi untuk berhubung rapat dengan agensi penguatkuasaan seperti SPRM dan taklimat SPRM hari ini akan diperluaskan kepada pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua jabatan tidak lama lagi. Taklimat itu juga adalah sebagai komitmen kerajaan negeri Terengganu dalam menjalankan urusan pentadbiran dengan telus dan berintegriti untuk mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap sektor perkhidmatan awam.
Ahmad berkata beliau tidak mahu berlaku sebarang kesilapan di kalangan ADUN yang bakal menjerat diri mereka dalam perangkap rasuah akibat kesilapan kecil dalam urusan pentadbiran harian. “Hari ini banyak perkara disentuh, termasuk kuasa perundangan serta bentuk kesalahan rasuah dan perkara-perkara yang boleh disabitkan sebagai suapan yang mudah berlaku dalam kehidupan seharian. Taklimat kira-kira tiga jam itu disampaikan oleh Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali. – BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment