Terkini sebentar tadi. 4 maut rentung dalam kemalangan melibatkan sebuah Nissan Skyline di KL


Kuala Lumpur: Empat maut apabila kereta jenis Nissan Skyline terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di bulatan Kampung Pandan di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.42 tengah malam itu, kenderaan dinaiki empat mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan berusia lingkungan 20-an itu terbabas sebelum melanggar bahu jalan dan terbakar.

Difahamkan, empat mangsa yang mengalami kecederaan gagal keluar daripada kenderaan itu menyebabkan mereka terbakar bersama kereta berkenaan.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan berkenaan kira-kira jam 12.42 tengah malam.

Keadaan kereta yang dinaiki mangsa."Beberapa jentera dengan 13 anggota bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di kira-kira 10 minit kemudian sebelum usaha memadamkan kebakaran dilakukan."Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati empat mangsa terbakar dalam kebakaran berkenaan.

"Seorang wanita dan tiga lelaki dipercayai maut dalam kejadian berkenaan," katanya memberitahu, identiti mangsa setakat ini masih belum dapat dipastikan.-HM

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...