Kumpulan Shiro Digam Gara-Gara Berkelakuan Biadap Semasa Buat Persembahan di Depan Shabery Cheek?


Panggil Shabery Cheek bapa mertua, kumpulan Shiro digam RTM - Pada selasa lalu, 31 Disember 2013, kumpulan Shiro dipanggil RTM bagi mengendalikan sebuah rancangan di RTM sempena malam tahun baru 2014.

Malangnya, ketika membuat persembahan di hadapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa artis veteran di Konsert Jubli Emas TV Malaysia, pelawak itu secara spontan terpanggil Shabery Cheek sebagai bapa mertua.

Menerusi ruangan pojok sebuah akhbar mingguan semalam, kumpulan Shira dikatakan bakal digam boleh RTM kerana dianggap berlaku biadap di hadapan tetamu kenamaan. Ini respon mereka ketika dihubungi mStar semalam.

“Kami tidak tahu atau dimaklumkan apa-apa daripada pihak RTM tentang perkara tersebut, malah selepas rancangan itu, RTM masih memanggil kami untuk mengendalikan rancangan terbitan mereka."

“Boleh dikatakan hubungan Shiro dengan RTM setakat ini memang baik dan pihak stesen televisyen tersebut sentiasa memberi kami peluang dalam pelbagai rancangan mereka sejak kami muncul dalam industri.”


“Ya…kami ada menyentuh tentang bapa mentua kerana kami tahu anak beliau baru sahaja berkahwin, namun bagi saya ia tidaklah sampai keterlaluan dan berniat untuk mempersenda-sendakan seperti dikhabarkan itu.”

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...