PAS dicadangkan menggunakan khidmat pemotong daging bagi menjalankan hukuman terhadap pesalah hudud.


Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mencadangkan kerajaan PAS Kelantan menggunakan khidmat pemotong daging untuk melaksanakan hukuman hudud. Presiden MMA, Datuk Dr NKS Tharmaseelan, berkata petugas perubatan yang bertauliah tidak sanggup untuk melakukan perkara sedemikian.

 "Prosedur (potong tangan) sangat rumit. "Jika doktor tidak tergamak melakukannya maka anda perlu cari tukang potong daging," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

 Beliau berkata, pihaknya tidak akan campur tangan jika ada mana-mana pihak tidak bertauliah melakukan prosedur pembedahan terbabit. "Kalau ada yang buat kita tidak boleh buat apa-apa cuma boleh buat laporan polis mengatakan individu itu tidak mendapat pentauliahan yang sah," katanya.

 Tharmaseelan berkata, pihaknya tidak akan bekerjasama dengan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan undang-undang syariah di negeri tersebut. Katanya, doktor dan jururawat bertauliah terikat di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan dan tidak perlu patuh kepada arahan kerajaan negeri.

 "Semua hospital di Kelantan hanya menerima arahan daripada Kementerian Kesihatan kerana gaji mereka dibayar oleh kerajaan pusat," katanya. Tharmaseelan berkata, MMA akan mengambil tindakan saman dan membatalkan kelayakan tauliah jika mendapati ada doktor yang melakukan perkara tersebut.

 Beliau berkata, MMA juga sedang mengkaji untuk meminda undang-undang bagi membolehkan pihak yang tidak ada tauliah perubatan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas kerana melanggar etika perubatan.

 Kelmarin, Kelantan merancang menggunakan khidmat pakar bedah untuk memotong tangan penjenayah yang disabitkan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 sekiranya undang-undang Islam itu mula dikuatkuasakan tahun depan.

 Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, apabila selesai hukuman tersebut pesalah terbabit sudah boleh pulang ke rumah tanpa perlu menjalani sebarang hukuman lain seperti penjara atau sebaliknya.

 Bagaimanapun, katanya, pertimbangan akan diambil sebelum dijatuhkan hukuman sekiranya pesalah mencuri atas sebab tertentu seperti lapar atau terpaksa. "Hukum hudud ini agak berbeza di mana pesalah yang dipotong tangan khususnya untuk kesalahan mencuri itu dibenarkan pulang ke rumah untuk bersama keluarga dan kerajaan juga tidak akan menanggung apa-apa kos penjagaan tahanan di dalam penjara," katanya dipetik daripada laporan Utusan Malaysia. -TMI

 A.S kata,Sepatutnya Ketua Jawantankuasa Teknikal Hudud tidak membuat kenyataan premature tentang perkara ini. Siapkan dulu kertas kerja dengan teliti dengan mengambil input dari ulama2 di seluruh dunia untuk penambahbaikan. 

Hudud tidak semestinya potong tangan atau direjam batu. Setahu saya, ianya adalah hukuman terakhir untuk pesalah tegar. Banyak lagi negara Islam yang telah mempraktikkan hudud secara adil seperti di Morocco, Jordan, Oman dan tetangga kita Indonesia di Acheh. 

Jangan terlalu ghairah untuk melaksanakan hudud sehinggakan kita terlupa tujuannya. Tujuannya untuk memberi keadilan, pengajaran dan bukan untuk menghukum semata-mata. Contohnya rotan yang digunakan utk sebat didalam hudud tidak boleh besar dari jari kelingking dan penghukum tidak boleh mengangkat rotan sehingga ternampak ketiaknya. Saya terbaca ini dari hadis sahih.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...