Gambar-Gambar Keganasan Yang Dilakukan Oleh Abby Terhadap Bekas Suaminya..

Semua ulasan ada di bawah, aku cuma berharap Ostajah Abby bertaubatlah. Tak bau syurga isteri yg menderhaka apatah lagi sehingga tahap mencederakan suami isteri. Menjadi penceramah PAS bukan tiket kau terlepas dari nerakaa...
Hakim Mahkamah Syariah Rendah Gombak Timur Shaiful Azli Jamaluddin memutuskan kes penceraian Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah adalah sah menerusi SMS yang dihantar oleh Muhammad Nor Farhan Che Bakar pada 9 Mei lalu.
Namun, Murai yang mendapatkan komen dari bekas suaminya mendapati terdapat faktor lain yang menjadi punca berlakunya penceraian.
Farhan dikatakan telah dicederakan secara fizikal di bahagian muka, tangan dan lengan.
"Saya telah dicakar, Abby kata saya tidak membawa kepentingan padanya serta tidak membawa apa-apa faedah untuk meneruskan hubungan suami isteri," katanya kepada media selepas perbicaraan kes penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Menurutnya, Abby sering meminta wang dan dia akan dimarahi sekiranya tidak diberikan jumlah yang dikehendakinya.
"Saya sudah buat laporan polis untuk dijadikan sebagai bukti sekiranya hakim memerlukannya tetapi kes penceraian diselesaikan secara baik dan dipersetujui kedua-dua pihak." katanya.
Mengenai kontroversi Farhan yang dikatakan sering keluar malam dan berkaroke, dia menjelaskan ianya tidak tepat seperti mana digembar-gemburkan.
Farhan dengan tegas mengatakan dia sudah tawar hati dan tidak mungkin kembali semula bersama Abby.-Murai.Com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...