Doakan Ustaz Tan Sri Hassan Azhari Cepat Sembuh


Berikut ialah status FB Datuk Fuad Hassan,Ketua Pengarah JASA yang mana bapa beliau adalah pendakwah terkemuka Al Fadil Ustaz Hassan Azhari.

Ustaz sekarang berada dalam keadaan yang uzur.Moga YBhg Tan Sri diberi kekuatan melalui kesakitan ini dan kembali sembuh.

Tahniah Datuk Fuad, contoh anak yg berakhlak mulia.. Terpancar ikatan kasih sayang di antara anak dan ayah..

****************************************

Pada hari yang sama saya membuat pemeriksaan di IJN semalam sebenarnya ayahanda dimasukkan di wad dihospital yang sama untuk pemeriksaan injap yang semakin lemah. 

Beliau mengadu bagaimana sakitnya bila dicocok berkali2 untuk mencari urat yang sudah tenggelam. 

Saya cuba memberikan semangat pada beliau walaupun saya sendiri penakut jarum. Doktor nasihatkan beliau berehat dulu dalam tempoh 2 minggu sebelum pemeriksaan injap diteruskan kerana terlalu lemah.

Saya doakan ayah sihat dan akan cuba menghabiskan banyak masa bersama beliau dalam sisa hidup yang tinggal. Beliau adalah ayah, guru, pemimpin dan kawan bagi kami semua.

Saya sayang ayah...

1 comment:

abdullahripain omar said...

Ya Allah Ya Rabbi, Engkau yang menghidup dan mematikan, Engkau yang menurunkan penyakit dan yang menyembuhkan, berilah kesembuhan pada guru Al quran ku ini. Amin ya Rabbal alamin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...