Gempar! Dun Selangor Bakal Dibubar pada 25 Ogos??


 Sebelum ini Khalid Ibrahim amat yakin bahawa beliau memperolehi sokongan majoriti dari Adun-Adun Selangor.

Namun kenyataan Wan Azizah hari ini telah “mengoncang” pendirian beliau. Oleh itu menurut sumber-sumber dalaman SUK, Khalid Ibrahim akan membubarkan Dun Selangor pada 25 Ogos 2014 sekiranya beliau gagal memdapat sokongan penuh daripada PAS.

 Menurut perancangan yang telah dibuat oleh Khalid Ibrahim, beliau memilih tarikh 25 Ogos tersebut berdasarkan kepada tarikh Sultan Selangor pulang dari bercuti iaitu 23 Ogos 2014.

Oleh itu, Khalid Ibrahim akan mengadap Sultan Selangor pada 24 Ogos 2014. Sekiranya Sultan Selangor memperkenankan hasrat Khalid Ibrahim untuk membubarkan Dun Selangor, maka surat akan dihantar kepada speaker Dun pada tengahari itu juga.

 Sebelum ini Wan Azizah telah mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS telah menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Dua Adun PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) kononnya telah menyatakan sokongan mereka kepada Wan Azizah bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

 Oleh itu kononnya Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN sahaja.

 Namun kita perlu ingat bahawa sejarah PKR sebelum ini selalu menjadikan Sidang Akhbar untuk “menipu” rakyat sepertimana yang telah mereka lakukan semasa isu “16 September”.

Sejauh mana kebenaran kenyataan Wan Azizah tersebut sebenarnya masih amat diragui. Tambahan pula, Khalid Ibrahim ini juga amat faham dengan “permainan” Wan Azizah dan Anwar Ibrahim. Sama-samalah kita tunggu penamat kepada episod Menteri Besar Selangor ini. -Pru14.tv

8 comments:

Anonymous said...

langkah terbijak bagi khalid ialah bubarkan dun ...

Anonymous said...

Setuju bubarkan Dun baru rakyat SELANGOR sama sama dapat tentukan pentadbiran SELANGOR pada masa akan datang, Bukan anak jati SELANGOR jangan mimpi kerusi MB

Anonymous said...

Kalau Dun Selangor dibubarkan, minta PAS kemukakan calonnya di semua DUN Selangor. Sudah sampainya PAS bergerak semula diatas kaki sendiri dan inilah masanya untuk PAS menguji kekuatannya secara solo sebelum PRU-14.

Jika UMNO sudah berjaya menjadi nadi kekuatan barisan kerajaan, sudah sampai masanya pula PAS menjadi teras dan arus penentu dalam barisan pembangkang.

Mudah-mudahan ini menjadi titik permulaan untuk Malaysia menjadi negara umat Islam yang kuat iaitu kerajaan dan pembangkang didominasi sepenuhnya oleh Islam-Melayu.

Amiiiin, ya Rabb.

Anonymous said...

Ya! Sepatutnya biarkan rakyat Selangor membuat dan menentukan siapakah yang layak menjadi MB baharu menerusi Pilihan Raya nanti.Rakyat Selangor dapat memilih MB yang terbaik dan komited dalam membela dan memajukan rakyat.Nyahkan individu2 yang giler kuasa dan bermoral rendah itu daripada Selangor.Anak jati Selangor harus bangkit dan buat perubahan melalui PRK nanti

Anonymous said...

TSKI!....TOLONG BUBARKAN DUN SELANGOR! Ini kalilah anak jati Selangor boleh buat pilihan yang tepat siapakah yang sepatutnya jadi MB baharu Selangor.

Anonymous said...

apasal nak jadi MB Selangor..?

apasal tak nak jadi KM Pulau Pinang..?

Anonymous said...

Anon 09.34
Selangor ada 3 billion dana simpanan..P.Pinang pulak dana dia dah hampir negatip,itu aje sebabnye.

Anonymous said...

DAP cari peluang nak kikis apa yang ada di Pulau Pinang, dapat Selangor lagi kenyangla, orang lain buat kerja, mereka sapu semua?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...