Inilah Rupanya Hudud PAS. Dah Lama Dahh..


Hangpa lihat dan nilaikan sendiri..
Nampaknya hudud pas boleh dikira dengan mesin kira untuk tentukan untung atau rugi jika ia dilaksnakan..
Jelas disini, PAS hanya cuba merancang perlaksanaan hukuman hudud di negeri-negeri yang jelas mampu bagi untung kat depa saja..
Yang nampak samar-samar atau yang nampak boleh rugi, takkan dibangkitkan isu ini
Boleh ka macam ni? lagi hangpa mau percaya?

PAS Rela 'Diliwat'


PAS! Apa cerita ni?
Sampai begitu kejinya tahap perjuangan hangpa sekarang.

Kerusi yang ada, dah la tak banyak, lagi mau serah kepada orang lain!

Macamana nak tegakkan negara Islam jika kerusi makin menyusut!

Sepatutnya PAS perlu menambah kerusi yang ditandingi terutamanya di Parlimen, dan bukannya menjadi lembu dicucuk hidung menurut arahan rakan parti komponen mereka..

PAS kurangkan kerusi di Johor!

JOHOR BAHARU: PAS negeri Johor memutuskan untuk mengurangkan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dzulkefly Ahmad berkata, mereka “menyerahkan” lebihan kerusi yang pernah ditandingi pada PRU 2008 kepada DAP dan PKR.-mstar

Tazkirah Subuh: 2 laut. Inilah bukti kekuasaan Allah


Cerita yg kita tahu tetapi kita abaikan..Inilah bukti kekuasaan Allah. Saintis telah pun mengkaji 2 laut ni, dan didapati kedua-duanya mempunyai perbezaan komposisi, suhu, kemasinan dan juga ketumpatan. Tetapi al-Quran sudah menyebutnya 1400 tahun lampau. Surah Ar-Rahman "Ia biarkan air dua laut (yg masin dan yg tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu.

Di antara keduanya ada penyekat yg memisahkannya, masing2 tidak melampaui sempadannya.".... Maka yg mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yg kamu hendak dustakan? Ya Allah, terasa kecil dan lemahnya manusia, mcm mereka ingin menandingi kekuasaan Allah. Ingatlah sahabat, berjudi dgn wang ringgit kita papa kedana, berjudi dgn agama dikemudian hari kita merana.

Beginikah Nasib Polis Yang Selalu Dimaki Rakyat?


A.S: LIHATLAH..
BAGAIMANA ANGGOTA POLIS MENERIMA NASIB SEPERTI INI KETIKA MENJALANKAN TUGAS!
TIDAKKAH KITA SEBAGAI RAKYAT MEMAHAMI JERIT PERIH SEORANG ANGGOTA POLIS YANG BERSABUNG NYAWA DIDALAM MEMASTIKAN KEAMANAN NEGARA TERPELIHARA?
HANYA KERANA MAHU MENGHANTAR SAMAN, NYAWA MEREKA NYARIS MELAYANG!
SYUKUR ALHAMDULILLAH, TIADA SEBARANG KEMALANGAN JIWA YANG BERLAKU..

HARGAILAH MEREKA..
JANGANLAH 901 INI PUAK PAKATAN HARAM CUBA BUAT KACAU..
KALAU BERANI SILAKAN..
POLIS TAKKAN BIARKAN ANDA!

Seorang pegawai polis cedera parah ditetak manakala seorang lagi cedera ringan setelah terlibat dalam satu pergelutan dengan seorang lelaki di Kampung Gelam 2, Alor Pudak, Bukit Besar dekat Yan Selasa.


Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, Inspektor Mohd Firdaus Zainal, 29, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, cedera parah di kaki kiri dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala seorang lagi mangsa, iaitu pegawai polis berpangkat Inspektor, menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Yan.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata sepasukan 12 pegawai dan anggota polis ke rumah suspek yang berusia 45 tahun bagi menyerahkan saman kepada suspek berhubung satu kes lain.

Beliau berkata suspek yang melihat kehadiran polis mengambil parang panjang sebelum menyerang pegawai serta anggota polis itu serta merosakkan kenderaan mereka.

"Suspek dan pasukan polis itu terlibat dalam pergelutan dan pihak polis tidak menggunakan senjata kerana mahu menangkap suspek secara biasa. Seorang pegawai kena libasan parang dan mengalami kecederaan serius," katanya kepada pemberita ketika melawat Mohd Firdaus.

Ahmad berkata suspek berjaya ditahan di tempat kejadian untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 atau Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

"Mangsa (Mohd Firdaus) telah tiga tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia. Suspek dikatakan ada masalah mental tetapi kita akan rujuk kepada hospital untuk pengesahan," katanya sambil menambah nilai kerosakan yang dialami kenderaan polis itu dianggarkan RM2,500.

Di YAN, Ketua Polis Daerah DSP Ismail Abu berkata suspek yang turut cedera dalam pergelutan itu kini dirawat di Hospital Yan.

Sementara itu, ibu suspek yang enggan dikenali berkata ketika kejadian beliau melarikan diri ke rumah jiran berhampiran.

Beliau berkata anak lelakinya itu, yang merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik, kurang waras sejak empat tahun lalu namun tidak pernah dirawat.

Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazalie ketika dihubungi berkata pegawai polis itu dimasukkan ke hospital itu pada 3.24 petang dan kini stabil.

Pakatan Haram Akan Sakit Hati Bila Baca Hasil Kajian Ini!

A.S mengharapkan kajian ini dilakukan dengan menyeluruh diambil dengan sampel dan populasi yang bersesuaian. Usahlah kita didendangkan dengan lagu enak belaka sebelum pilihanraya walaupun kemungkinan apa yang dikaji itu adalah sebaliknya tetap ada.

Namun usaha PM yang aktif dalam penggunaan media sosial tidak siapa dapat menafikannya lagi. Itu juga merupakan satu usaha murni dalam mendekati golongan muda. A.S amat mengharapkan golongan muda sedar bahawa PM yang ada sekarang dah buat pelabagai usaha yang terbaik untuk mereka. Ia bukan sekadar retorik semata-mata, namun adalah fakta dan nyata.

Siapa kata orang muda menolak UMNO/BN??

BN PILIHAN ORANG MUDA!

Dapatan awal satu kajian menunjukkan 70 peratus responden yang terdiri daripada golongan belia kini berasa lebih dekat dengan kerajaan berikutan langkah yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) dalam mendekati golongan itu.

Tinjauan terhadap belia melalui kajian yang dijalankan sejak 2010 menunjukkan mereka menyambut baik penggunaan media sosial interaktif oleh Najib yang membolehkan golongan itu menghubungi Perdana Menteri secara langsung untuk memberi pendapat, idea dan juga kritikan mengenai pelbagai isu.

"Hasil kajian saya mendapati 70 peratus belia menyokong kerajaan kerana mereka seronok dan suka dengan pendekatan yang dilakukan kerajaan menerusi program yang dirangka.

"Ini adalah kuncinya untuk kerajaan mendekatkan diri dengan belia," kata pensyarah Sains politik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Che Hamdan Mohamed Razali di sini semalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...