Krisis Pakatan Rakyat (PR) semakin serius apabila ia merebak ke negeri ini selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini dikritik keras oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.
Zahrain melabelkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai pemimpin diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis.
Malah beliau turut menegaskan, pakatan pembangkang itu harus berhenti bertolak ansur dengan pemimpin dari Melaka terbabit yang gagal melaksanakan janji-janji mereka yang 'ditabur' pada pilihan raya umum lalu.
Bekas ketua perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitahu, Lim menjadi bebanan kepada PR Pulau Pinang jika dia terus memerintah dengan gaya diktatornya sambil berkata beliau bukan menyerang DAP .
"Lim tidak gemar dikritik. Beliau juga melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional, malah rakan-rakan DAP juga tidak boleh membantah jika beliau membuat sesuatu keputusan,” dakwanya.
Zahrain berkata antara janji-janji manis pilihan raya itu adalah pilihan raya majlis tempatan dan sistem tender terbuka.
Katanya, Lim keberatan untuk menjalankan pilihan raya peringkat pihak berkuasa tempatan itu kerana ia mungkin akan mengurangkan kuasanya.
"Dia yang juga berjanji untuk menjalankan sistem tender terbuka tetapi apa yang dilakukannya sekarang lebih teruk dari Barisan Nasional (BN) kerana dia sendiri yang mempengerusikan lembaga tender.
"Semasa Barisan Nasional memerintah, pemilihan lebih telus dan seimbang kerana pengerusi akan dilantik daripada kakitangan awam," katanya.
Tambahnya, beliau akan dituduh ejen kepada Umno jika mengkritik pemimpin nombor satu negeri ini.
"Saya sudah tentu bukan ejen Umno. Saya tidak mahu melihat PR melupakan janji-janjinya kepada rakyat,"
"Ia amat memalukan apabila projek-projek dianugerahklan kepada kroni," katanya.
Zahrain berkata, Lim tidak sesuai sebagai Ketua Menteri kerana beliau bukan dari kalangan rakyat tempatan dan tidak memahami tentang sentimen tempatan.
"Beliau juga gagal membawa pelabur luar walaupun telah ke seluruh dunia untuk menarik pelabur. Pengundi tahu, rakyat Pulau Pinang sangat teliti dengan perkembangan ekonomi," katanya.
Dalam pada itu beliau mempersoalkan, satu pertiga daripada ucapan Lim ketika konvensyen PR dibuat dalam bahasa Mandarin.
Sebagai seorang pemimpin dalam PR, dia seharusnya menghormati setiap bangsa dan berucap dalam bahasa yang difahami pada setiap majlisnya, katanya.
Serangan oleh Zahrain ini menyusul sebaik Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tidak sependapat dengan parti dalam isu kalimah Allah.
Kontroversi itu turut melibatkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad apabila Zulkifli membuat laporan polis ke atas pemimpin PAS terbabit.
Malah anggota PKR itu turut mencabar sebarang tindakan lembaga displin parti tersebut.
ANAK SEBERANG :
Kita dapat melihat sendiri betapa LGE ditelanjangkan oleh rakan sepakatannya sendiri. Ni bukan BN yang cakap, bukan UMNO yang cakap, bukan Gerakan yang kata, tetapi MP Bayan Baru dari PKR sendiri yang melihat senario kebejatan LGE memerintah.
Aku tak mau ulas panjang, pembaca nilaikan sendirilah apa yg MP PKR Bayan Baru tu cakap. Janganlah juak-juak paktan rakus terus dikencing dengan gelaran kalifahnya, ada yang lawak lagi, pecacai PAS di tempat aku punya la puja si LGE ni muka macam Ustaz pun ada.. kahkahkah
Sudah-sudahla tu rakyat Penang, buka mata anda.. buta hati anda..
jangan anda kononnya nak lari dari mulut buaya, samapai masuk ke mulut naga..
Seteruk-teruk 'buaya' yg dikatakan pecacai tegar PR ni, Penang maju makmur, ekonomi rancak dibawah BN, pemberian tender diberi secara telus dimana J/Kuasa Tender terdiri dari penjawat awam, bukannya dibolot oleh si LGE ni..
Kalau nak kata masa BN pegang cina Gerakan juga jadi Ketua Menteri, tapi semua harus tahu, 4 jawatan Exco portfolio penting semua dibawah UMNO, Gerakan perlu akur dan patuh dengan UMNO.. Kalau harap Si Guan Eng ni, semua dia nak bolot, ada hati nak jadi diktator..
Bukalah mata bukalah hati wahai sahabatku..
3 comments:
hahaha,
padan muka melayu p.pinang yg memang betul2 bongok,,suka sangat hati aku ni,,,
mana boleh kata apa kat ustaz depa ni...kira ustaz kafir ni dipuja
oleh org melayu p.pinang yg ada akal tp tak guna..senang sangat dia
memperbodohkan kaum keluarga aku sendiri yg sememangnya dah bahlul
yang tidak pernah nak dengar cakap aku...padam muka hampa!!!!!!!
bro anon 916
sabaq byk2, jgn sampai padan jd padam .. heheh
kalau pecacai dap di png tak bukak mata x tau nk kata apa dah la.. hehe
nk tunggu kena kencin sampai kuyup br nk sedaq kot?
Baru hangpa suma ada Ada AKAI!!!!
Post a Comment