SEMBUNYI FAKTA SEBAR FITNAH.. MESTI BACA UNTUK KITA FAHAM APA PERJUANGAN PAS..

SISIPAN MINIT MESYUARAT DIATAS UNTUK KITA LEBIH TERANG..

Anak Seberang bawakan artikel menarik ini untuk kita refreshkan kembali kebejatan dan hipokrasi dalam pas yang melampau dan terlampau ekstrim.

SEMBUNYI FAKTA SEBAR FITNAH

1. "Dan sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh" - demikian maksud ayat 191 surah al-Baqarah. Bunuh hanya mati seorang tetapi fitnah melibatkan apa dan siapa juga yang berkaitan dengannya. Kalau fitnah itu kepada seorang pemimpin negara maka akibatnya boleh imej segala kepentingan negara, seperti menjejaskan perkembangan ekonomi, kestabilan politik, keselamatan dan sebagainya.

2. Daripada pengamatan, telah banyak tersebar fitnah oleh pihak pembangkang ke atas YAB. Perdana Menteri Malaysia(semasa Zaman Tun Mahathir). Ketika YAB bercuti di luar negara sambil lawatan kerja baru-baru ini berbagai fitnah didengar. Antara lain ketika berada di Mekah dikatakan YAB tidak membuat tawaf dengan sempurna sedangkan ada orang yang melihatnya YAB elok-elok pun tawaf bersama mereka. Ketika
YAB berada di Argentina ada yang mengatakan mati dan kata sakit tenat kerana jatuh kuda. Utusan Malaysia 28 Januari 2000 ada menyiarkan penjelasan oleh YAB sendiri dari London. Tajuk berita itu berbunyi "Tunggang kuda sejauh 30 KM se hari di Argentina - Saya sihat". Mengapakah golongan ini sanggup mengkhianati kemudahan internet yang juga berupa jasa utama Perdana Menteri kita membawa kemajuan IT ke Malaysia.

3. Lebih berat lagi ialah fitnah "Mahathir dan UMNO atau kerajaan BN tolak Islam, tolak hudud " dan yang seumpamanya. Fitnah seumpama ini boleh dibuktikan pada Harakah 04 Februari 2000 muka depan oleh YB. Datuk Haji Fadzil Noor dan Harakah 07 Februari 2000 muka 04 ruangan Fikrah Editor. Sepatutnya fitnah TOLAK HUDUD inilah yang mesti PAS tunjukkan bukti hitam puteh kerana menyentuh soal penolakan hukum Allah oleh seorang Islam adalah sangat besar bahananya boleh mejejaskan akidah menjadi murtad.

4. YAB. Datuk Haji Nik Abd. Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan sudah pun melakukan suatu penyelewengan menyembunyikan fakta dalam surat Perdana Menteri. Apabila ditanya mengapakah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (11) 1993 Kelantan (HUDUD PAS) belum dilaksanakan lagi setelah PAS memerintah Kelantan LIMA tahun, beliau menjawab, "PM ugut jika laksana hudud" - demikian Harakah 20 November 1998. Katanya lagi, "Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum tersebut selepas diberikan kuasa adalah berat dosanya yakni kedua selepas kafir". Dalam kes hudud kononnya PAS sudah selesai tugasnya tetapi Perdana Menterilah yang berdosa berat kerana menahan perlaksanaannya. Mengapakah YAB. Datuk Nik Ab. Aziz tidak membaca salinan surat Perdana Menteri yang dihantarkan kepadanya untuk ditafsrikan bersama oleh anggota dewan ?

5. Mari kita teliti sendiri surat YAB. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia yang telah dihantar kepada YAB. Datuk Haji Nik Ab. Aziz selaku Menteri Besar PAS Kelantan dahulu. Harakah 15 Jun 1998 telah pun menyiarkan sepenuhnya kandungan dan maksud surat tersebut. Oleh sebab 5 bulan berlalu, YAB. Datuk Hj. Nik Aziz mungkin terlupa menyemaknva sehingga beliau menjadi terlupa juga hendak memberitahu sebab mengapakah YAB Perdana Menteri dikatakan membuat ugutan:

Surat amaran Perdana Menteri itu berbunyi :

"Kerajaan Malaysia yang sentiasa mempertahankan ajaran-ajaran Islam tidak membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan yang ditentukan oleh Islam. Jika PAS cuba untuk menguatkuasakan undang-undang ini yang jelas sudah bercanggah dengan prinsip
prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan sewajamya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam". Selepas Ustaz Nashrudddin membaca surat tersebut, ia segera disambut dengan laungan takbir berkali-kali.

6. Berdasarkan surat YAB Perdana Menteri kepada YAB. Menteri Besar Kelantan itu tentulah semua orang akan berkata, "Inilah bukti YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad seorang yang tegas mempertahankan kesucian Islam, kerana sanggup menghalang sebarang pelaksanaan undang-undang yang bercanggah dengan Islam. Demi mempertahankan ajaran-ajaran lslam di Malaysia, beliau tetap rela walaupun dimaki, dicemuh bahkan difitnahkan kononnya menolak hudud sehingga menyebabkan merosot popuiaritinya". Akhirnya barulah orang tahu bahawa pimpinan PAS walaupun pengikut menggelarnya ulamak tetapi sanggup mambuat fitnah dengan menyembunyikan fakta sebenar surat Perdana Menteri secara hitam putih. Begitu juga dengan fitnah KAFIR BERIKAT kepada orang UMNO 1963, PAS menyembunyikan fakta sejarah nabi s. a w. berkongsi kuasa dengan kafir Yahudi Madinah.

7. Ertinya jikalau hudud PAS yang dinamakan EKJS(II) 1993 Kelantan itu tidak bercanggah dengan prinsip keadilan Islam, baharulah layak YAB Perdana Menteri Malaysia dikatakan menolak hudud dengan mengugut akan mengambil tindakan. Sebaliknya jikalau Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 itu bercanggah dengan keadilan Islam maka YAB. Menteri Besar Kelantan dan lain-lain pimpinan PAS mesti meminta maaf dan bertaubat dengan fitnah yang sudah ditabur merata desa dan kota.

8. Bagi membuktikan kebenaran YAB. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia dan UMNO serta kerajaan BN maka mestilah dibuktikan duhulu bahawa hudud PAS yang bernama EKJS(II) 1993 Kelantan itu benar-benar BERCANGGAH DENGAN HUDUD ALLAH terutama di dalam perkara prinsip keadilan seperti yang dituntut oleh Islam. Dalam laman ini cukuplah sekadar DUA CONTOH sahaja dipetik kebercanggahan EKJS(II) 1993 itu. Pertama fasal 56 "Hanya terpakai ke atas umat Islam sahaja"; sedangkan hudud Allah tidak mengira bangsa dan agama semuanya kena belaka terutama dalam kes-kes mencuri, merompak dan menderhaka. Manakala fasal 68 pula mengenai "Syarat perlantikan hakim langsung tidak diperuntukkan seperti kehendak hudud Allah iaitu ada 15 syarat". Syarat mesti Islam dan mesti lelaki pun tidak diambilnya.

9. Perbandingan kebercanggahan itu boleh dirujuk kepada hudud yang PAS siarkan dalam Harakah 10 April 1992 hingga 01 Mei 1992 (Tujuh siri) sempena pilihanraya kecil DUN Bukit Payung, Marang, Terengganu (Penamaan calion 11.04.1992). Setetah diteliti hudud siaran Harakah itu rupanya dicedok terus daripada sebuah buku 'Undang-undang Islam, Jenayah dan Hudud" keluaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan yang disemak oleh Sahibus Samahah muftinya Datuk Haji Hasbullah bin Mohd. Hassan bertarikh 01 Oktober 1991. Pengambilan kandungan buku tersebut pula tanpa kebenaran penulisnya Tuan Guru Haji Mohd. Noor Ab. Majid, Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Disini pun sudah nampak tidak bersih, demi kerana kepentingan pilihanraya, pakai cedok sahaja tanpa mengira hak milik siapa. Soalnya mengapakah ketika berjanji mahu laksanakan hudud, maka hudud yang sebenar dipamerkan walaupun hak milik orang. Apabila tiba 25 November 1993 diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri terdapat banyak yang dipinda mengikut kepentingan sendiri bercanggah di sana sini ? Keterangan bukti yang lebih jelas ada dilampirkan khas dalam laman ini (LAMPIRAN V).

10. Apa yang sangat ketara ialah PAS sendiri tidak ada kesungguhan menyediakan undang-undang HUDUD berkenaan, tidak seperti dakwaan YAB. Datuk Haji Nik Ab. Aziz dalam Harakah 20 November 1998. Buktinya sangat mudah dicari. Kalau benarlah hudud PAS itu tidak bercanggah dengan hudud Allah mengapakah tidak dibawa ke Parlimen untuk dibahas dengan teliti ? Di sana barulah tahu siapa yang menolaknya sesungguh hati. Yang anehnya kenapa undang-undang MURTAD yang menjadi sebahagian dari EKJS(II) 1993 fasal 23 tergopoh-gapah dibawa ke parlimen ? Mengapa pula anak dibawa sedang ibu ditinggalkan ? Sebenarnya PAS telah berbohong kerana PAS telah berjanji dalam Harakah 28 Februari 1997 "Hudud akan dibawa ke parlimen ?". Sampai hari ini pun nampaknya jauh dari panggang. PAS hanya bijak berpidato menabur janji tetapi untuk menunaikannya bohong juga menjadi realiti Yang jelasnya apabila hidup berdolak dalik nyatalah kebenarannya berpilih-pilih.

8 comments:

Anonymous said...

pis walhalalku walharommu

Anonymous said...

salam,
tulis la beribu kali berjuta kali, cakapla berbakul sehingga menjadi gunung, otak org pas macam daun keladi yg dicurahkan air atau seperti anjing menyalak bukit. hanya pemimpin pas yang bertaubat dan takut kpd Allah sahaja yg mampu mengubah ahlinya. silap-silap pemimpin tu pun kena maki hamun sebab kebencian kpd org melayu yg berparti politik umno dah sampai jadi sebati didalam darah daging tulang dan taik mereka. mereka sanggup derhaka dan berpaling drpd Allah ( bersahabat dgn syaitan padahal syaitan itu dilaknat tuhan dan menderhakai Allah) untuk memastikan tujuan mereka tercapai.

PAS tolong lah sedar said...

Kenapa la orang PAS perasan diorang ahli syurga?
Bodoh nak mampus.
Kau ingat layak ke perangai ko kawan dengan orang kapir yang terang2 benci melayu dan islam, di terima Allah SWT?
kawan dengan kapir memang tak salah dan dianjurkan, tapi berpakat dgn diorang nak sampai tak nampak yg diorang akan berkuasa dan kasi hancur islam ni apa cerita?

masmat said...

samala semua pemimpin politik..mana ada baik..umno ka pas ka semua sama..cari makan..klu ada negara berperang mesti depa cabut dulu..orang politik munafik..cakap x penah betul.kalau la gaji depa ni 2000rm agak2 depa nk betanding dak?

Anonymous said...

Bismillahhirohmannirohim.

Katahuilah siapakah di antara kamu yang Benar-benar iklas kerana Allah.

MALAYSIA ini tidak seperti MADINAH. Kuasa penentu tidak berada di tangan pemimpin tetapi di tangan pengundi.

Dahulu apa yang datang dari Nabi itu adalah hukum. Tidak di bahas dan tidak pula di pertikaikan.

MALAYSIA/TANAH MELAYU bukan tempat bermula agama Islam bahkan bukan pula tempat pertama agama Islam muncul.

SEPATUTNYA siapa saja yang mengaku dia pandai dalam Islam berusahalah menujukan jalan yang betul tentang Islam (dakwah) DAN TIDAK PERLUPUN PARTI POLITIK atau Pertubuhan.

Anonymous said...

nk tau lebih lanjut kene tanya nik aziz la klu komen dlm ni pun x guna MANUSIA AKAN JADI MUSUH KPD BENDA YG DIA XTAU mskdnya kena mengaji la br tau .klu islam x leh berpolitik mcmna islam nk boleh ada sampai harini panjang bercakap kena belajar la pulak klu x dok bengong smpai mampos!

Anonymous said...

AKU ORG UMNO KAYA DGN ADAT SOPAN (MELAYU KAWWW LA KATAKAN)hidup mcm biasa tiada musuh dulu(lama gak ooo ....) aku pun x brp suka pas(dgr sebelah pihak)kdg2 aku p curi dgr ceramah pas surau pun p klu nk ikut hebat mmg umno la mcm dia buat tp berkaitan dgn akidah x boleh buat main2 lalu ke x lalu p la aku ngaji umno pun p pas pun p tanya ustaz bab pilh pemimpin solan yg aku tanya kebnyakan x leh dijawab oleh ustaz umno apakah ustaz umno ini takut digam yg pasti mereka sj yg tau mslahnya ustaz2 pas detail dia bg ayat ke brp surah apa muka surat brp kitab apa (aku p beli ooo....)smua btoi mka dgn itu aku tidak lg sokong umnooooooo,ah la aku pun dosa bnyk sokong plak umno mampos la aku tau hg pa mesti bengang dgn aku bab2 yg hg pa komen dlm ni aku x peduli BIAR LA SI LUNCAI TERJUN DGN LABU2NYA

besi dah nk tumpul dan berkarat said...

HIDUP DAN MATI KU HANYA UNTUK ISLAM MAKSUD DOA IFTITAH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...