Lagi gerai diroboh
Di sebalik protes serta bantahan pelbagai pihak berhubung isu penindasan terhadap peniaga Melayu di negeri ini, aktiviti agensi penguat kuasa kerajaan negeri meroboh gerai golongan itu seolah-olah tiada kesudahannya, malah semakin menjadi-jadi.
Jika sebelum ini tindakan meroboh gerai Melayu tertumpu di kawasan pulau, kini ia menular ke Seberang Perai. Terbaru enam pengusaha gerai makanan dan minuman berhampiran astaka medan selera Bandar Perda di sini pula menjadi mangsa.
Dalam operasi kira-kira pukul 9 pagi ini, kira-kira 30 anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) meroboh gerai peniaga kecil di kawasan itu kerana didakwa beroperasi secara haram.
Selain khemah dan payung gerai, pelbagai peralatan termasuk mesin atau dapur memasak, meja serta kerusi turut dirampas.
Paling dikesali, operasi atas arahan kerajaan negeri DAP itu tetap diteruskan walaupun seorang peniaga merayu supaya ia ditangguhkan memandangkan satu majlis kenduri meraikan 150 anak yatim dan ibu tunggal sempena Aidiladha akan diadakan di situ petang ini.
Seorang peniaga, Muhammad Zaini Masiam, 53, berkata, dia cuba merayu supaya operasi itu ditangguhkan memandangkan anak-anak yatim serta ibu tunggal sudah dijemput, malah persediaan memasak lauk-pauk sedang dijalankan.
“Tapi mereka tidak peduli langsung kerana memberi alasan arahan sudah dikeluarkan untuk roboh. Berilah muka sedikit, ini tujuan amal bukan untuk suka-suka,” katanya yang kerugian lebih RM15,000 selepas pelbagai peralatan dapur dan khemah gerainya dirampas .
Muhammad Zaini mendakwa, kerajaan negeri bersikap ‘pilih bulu’ apabila banyak gerai terutamanya di Taman Chai Leng serta di sekitar Pasar Awam Bukit Mertajam tidak dirobohkan walaupun secara terang-terangan mengganggu laluan trafik dan menyusahkan orang ramai.
“Kami bukan kaya, nak berniaga pun kumpul modal anak-beranak. Pendapatan pun bukan banyak, peniaga kaum lain dibiarkan bebas berniaga tetapi peniaga kecil macam kami diganggu,” katanya kesal.
Peniaga char kuetiau, Rosli Che Me, 32, pula memberitahu, dia menerima notis daripada MPSP minggu lalu yang mengarahkan dia mengosongkan kawasan tersebut kerana beroperasi secara haram, selain didakwa berniaga di tempat letak kereta.
“Kenapa kerajaan negeri tidak boleh bertolak ansur? Dulu ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN), tidak pernah kami dilayan begini tapi keadaan sudah lain. Kerajaan negeri seolah-olah mahu menabur pasir dalam periuk nasi kami,” katanya.
Seorang lagi peniaga, Suhaimi Musa, 56, berkata, dia pernah menyewa premis di astaka medan selera berkenaan tetapi sambutan pelanggan terlalu sedikit memandangkan saiznya yang kecil.
‘‘Sekurang-kurangnya berilah pilihan atau kenal pasti tempat yang lebih sesuai, janganlah hanya menghukum kerana kami pun nak cari makan untuk menyara keluarga,” katanya.
AS:Makin lama makin menjadi puak-puak ni! Peniaga juga menyatakan bahawa semasa pemerintahan BN, mereka tak dilayan kejam sebegini! Apalah salah besar sangat meniaga disitu? AS pun selalu makan bawal goreng di situ tengok peniaga yang berniaga disitu membuat tambahan khemah takdelah sampai menggangu lalulintas.
MPSP pi la jenguk Chai Leng Park, Jln Raja Uda nunn.. Maharaja lela meniaga haram ka halal sapa pun tak kesah, kacau jalan pun no problem!
Awat? takut sangat dengan cina? Lge takut cina kalih dia ka kalau gerai cina kena kacau? Yang penguatkuasa pon, pikiaqla sikit, tadak hati perut ka..
Yezz.. Arahan tetap arahan. Law is law! tapi tiadakah sedikitpun ruang untuk berdiplomasi?
AS; BILA NAK MAI PEROBOH DI NIBONG TEBAI?
3 comments:
Yang anehnya ahli penguatkuasa2 yang terdiri dari orang2 Melayu dengan senyum dan riang beramai2 merobohkan gerai2 Melayu ini tanpa belas kesihan sedikit pun. Arahan dari pemerintahan khafir Harbi ini sengaja dilakukan bagi menyakitkan hati oarang2 Melayu P.Pinang. Harta khafir dan gerai2 mereka tidak diusik sedikit pun oleh para penguatkuasa2 ini. INilah akibatnya jika Melayu telah tersalah pileh dengan memangkah wakil2 khafir dari pembangkang ini.
Apa lagi org melayu p.Pinang tunggu cari jalan untuk halau cina melaka ni keluar dari P.Pinang dia tak layak perintah p.pinang org melaka sudah tak mahu dia lagi kenapa harus org melayu P.Pinang pilih bangsat ni jadi KM p.Pinang tiada apa satu pun dia bela org melayu rampas hak org melayu lagi ada kenapa dia tak berani kacau bangsa dia tak kan dia tak lihat bangsa dia berniaga sampai atas jalan suruh dia lihat sama dikawasan Air itam,jalan perak sg tiram sungai dua dimana terdapat kepadatan bangsa dia kenapa tak suruh mppp dan msp pi roboh gerai mereka yg rata rata ganggu lalu lintas DAP cakap tak serupa bikin busuk busuk gerakan mereka adil pada semua kaum kalau cina bolih berniaga org melayu dan pun bolih itu baru adil nama nya tapi DAP adil pada bangsa cina saja DAP takut hilang kuasa kalau kacau kaum cina sedangkan Cina P.Pinang sudah benci dengan DAP kepada pengundi melayu fikir fikir kan lah cari lah pemimpin yg bolih bela kita.
Lim guan eng ialah ketua menteri paling haram bejahad di Pulau Pinang. Dan yang paling celaka dan haram bejadah banyak kali lagi ialah melayu pas dan pkr pecacai yang dah dihitamkan hati dari nampak kebenaran ini. Tak tau apa lagi aku nak maki. Tapi aku rasa paling baik jika orang melayu yang dah sedar pakat baca Yaasin ramai-ramai supaya kapir harbi ni mampus.
Post a Comment