Hangat! Kenapa UMNO masih belum dapat menguasai majoriti anak muda?


Hasil pemerhatian AS, perkara-perkara seperti dibawah inilah yang perlu dititikberatkan di semua peringkat kepimpinan terutamanya pemimpin pemuda untuk bermuhasabah setiap kelemahan dan kelalaian kita. AS amat berharap agar kenyataan ini dapat dijadikan panduan dan ingatan kepada keseluruhan kepimpinan UMNO.

Pendekatan pada anak muda melalui kampus dan insitusi pengajian tinggi perlulah dilakukan secara radikal keran kita alpa bahawa pihak lawan samada secara senyap-senyap atau terang-terangan menggunakan kaedah ini dan didapati ia amat berkesan.

1Pihak pembangkang mengeksploitasikan mahasiswa di kampus dengan cara meringankan beban pelajar memalui persatuan-persatuan dan MPP melalui cara menanggung kos sewa mesin fotostat,bekalan kertas A4 dan binding msein dan juga binding strips serta lain lain berkaitan.

2.Pembangkang amat kerap bersama pelajar dgn perjumpaan yg tidak formal,manakala umno hanya tertumpu kpd perjumpaan formal dan program yg bertaraf tinggi.

3.Para pemimpin pemuda kurang aktif dan hanya mengambil kesempatan poltik untuk mempromosikan diri , berlagak angkuh dan terlalu rasmi serta dilihat terlalu elit dan gaya org kaya dan gaya org besar yg amat tidak perlu sama sekali.

4.Konsep mesra rakyat umno amat rendah kualitinya dan konsep mesra pelajar pemuda amat bersifat poltik sahaja.

5.Kepimpinan pemuda umno tidak berjemaah dengan pelajar dikampus dan tidak berminat memberi tazkirah di masjid ataupun surau kampus sedangkan mereka berupaya melakukannya.

6.Kepimpinan pemuda umno amat suka harapkan pemimpin pelajar sahaja tanpa memantau mereka dgn baik dan sentiasa beranggapan RM boleh menyelesaikan segalanya.

7.Pemimpin pemuda umno amat gila glamer dan kurang kualiti sosial dgn rakyat biasa ataupun sensitif dengan status para pelajar yg kebanyakannya adalah daripada kampung.

8.Pemimpin umno leka dan lalai sentiasa dan kurang mempromosikan produk politik parti dan hanya tertumpu kpd soal promosi diri mereka sahaja.

9.Membawa politiking parti dan promosi pemimpin ataupun indidvidu tertentu apabila bersama para pelajar dan juga pada masa yang sama menjatuhkan pemimpin yg lain.

10.Kepimpinan pemuda umno kurang realistik dan praktikal dalam usaha menembusi poltik kampus kerana mereka juga sebenarnya tak faham dan tak reti.

8 comments:

Yuseri Yusoff said...

Betul.. FYI di sekitar selangor, DAP telah lama menyusup masuk serta menyebarkan pemahaman ideologi politik dengan menggunakan platform mendaftar pengundi baru. Tapi dalam masa yang sama dia pastikan anak muda yang didaftarkan ini mengundi dia utk PRU akan datang.

Tak percaya cuba cek Taylor's, SEGI, UCSI kolej di sekitar selangor.. Pemuda UMNO di mana?????????

Anonymous said...

umno dibenci kerana tidak memberi jawatan menteri senior kepada kj. kalau dia diberi jawatan spt TPM II pasti sokongan anak muda beralih kembali. dan gugurkan je si mukhriz tu. orang muda tak suka tao tak

Ular Menyusur Akar said...

Ala bro, pemuda tengah sebok mengecat rumah dan memaku ataplah. Rombongan bermotor sikal besar akan balik ke pejabat dekat-dekat hari mengundi nanti.

Dah dekat pru 13 nanti dia orang buatlah pendaftaran bagi pengundi-pengundi baru. Bersabar ye!!!

agbr47: DAP dah buat kempen pendaftaran pengundi baru di Labis pada 17 Dec ketika jenazah Allahyarham DATUK SULAIMAN TAHA ADUN TENANG, JOHOR masih dalam urusan untuk di bawa balek kerumah beliau di Labis.

admin said...

kenapa???
sebabnya susah sangat nak gi jumpa orang-orang yang macam nih...
muka semua akan nampak masuk kampung,cuci longkang,masuk market,buat roti canai,teh tarik bila nak raih pengundi...kalau menag susah nak nampak batang hidung kat kawasan...nak mintak bantuan,kena jumpa berlapis-lapis itu pun belum tentu dapat atau sampai...
Orang muda,darah panas..kalau dah susah-susah sangat cari yang senang saja jalannya...
budak nih,nak mintak bantuan...sapa ada yang sudi jengok...tapi puak AMK ada juga tanya dan cuba bawak ke tengah..UMNO...samapi sekarang tak dak balasan,baik jumpa,email,posting kat blog,facebook,twitter..semua haram nak balas
http://usezworkshop.blogspot.com/2010/10/rakan-oku-memerlukan-bantuan.html

Anonymous said...

Aku nak tanya, berapa bilangan pengundi muda ni? Adakah 30%,25%,20%,15%,10%,5% atau bawah 5%? Tunjuk angka disetaip dun dan parlimen baru kita bising-bising hal pengundi muda. Tak sampai pun 5% bahkan jauh lebih kurang dari itu. Jadinya mana-mana parti jgn kalut dgn pengundi muda.

Anonymous said...

pemuda umno ke veteran umno ke mmg punca malapetaka untuk melayu..undi umno pasti dia org akan tolong cina....dia tolong melayu bila banjir antar tilam dapur..hujung tahu buat rombongan untuk ahli ahli umno yg tua tua dan bodoh bodoh mcm org kg atau org tua...itu la celaka umno..melayu dok tanah kerajaan dihalau bagai pandatang.cina atau india dok tanah kerajaan dibagi tanah yang diduduki.rasuah adalah lauk harian umno....masalah melayu sekrang nak sokong pas lagi celaka besar jual ugama..pkr mati la ...org melayu tak tahu nak undi sapa dah...yang pasti celaka ni berpunca dpd umnoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo celaka

Wake UP! said...

Dah tau itu modus operandi pembangkang, patutnya pihak kerajaan memikirkan cara untuk menembusi IPT juga dengan cara yang lebih berkesan.

Wake UP! said...

Anon 4:36 PM. Kau sekor je yang cerdik sangat sokong beruk google tu. Pirah mabuk!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...