Utusan Akan diharamkan Penjualannya Di Negeri Pakatan Haram?


AMK desak MB haramkan jualan Utusan di Selangor

SHAH ALAM – Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Azmizam Zaman Huri mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengharamkan penjualan Utusan Malaysia di Selangor jika media itu terus-menerus memfitnah pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, bukan sahaja di Selangor, beliau turut mendesak agar penjualan akhbar itu diharamkan di semua negeri di bawah pentadbiran PR.

“Saya mendesak Utusan Malaysia agar memohon maaf kepada pimpinan PR terutama sekali Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei di atas kelantangan mereka (Utusan) dan berniat menjatuhkan reputasi beliau.

“Sebanyak 35 laporan polis telah dibuat hari ini (semalam) dan laporan tanpa henti akan diteruskan di seluruh daerah di Selangor,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.

Beliau berkata, kenyataan akhbar itu tidak benar, berniat jahat dan memfitnah Shuhaimi dengan cara memalukan iaitu menuduh beliau (Shuhaimi) sebagai penderhaka Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah, mempertikaikan kuasa Sultan dan berniat menghasut rakyat melancarkan perang terhadap Raja-Raja Melayu.

Azmizam berkata, beliau mendesak polis menjalankan siasatan secara telus di bawah Seksyen 499, Kanun Keseksaan terhadap wartawan dan editor akhbar tersebut



Kalau si celaka AMK cadangkan untuk haramkan penjualan Utusan di Selangor dan negeri tadbiran pakatan rakyat lain, AS disini nak buat memorandum untuk Kerajaan Malaysia haramkan akhbar fitnah mereka iaitu Haramkah, Suara Keldaian, Roket serta akhbar pro PR lain yang lagi banyak cetus fitnah dan kebencian antara kaum kepada kerajaan BN! Hishamuddin! Ada berani?

4 comments:

Melayu Pasir Gudang said...

Inilah yang di katakan kebebasan akhbar oleh PKR?. Pada PRU 12 Pakatan Pembangkang menjanjikan kebebasan bersuara kepada akhbar-akhbar, dah dapat perintah ini pula tindakkannya....betul-betul punya haramjadah....

Mengharamkan Utusan Malaysia adalah sama ertinya memusnahkan / menghapuskan bahasa malaysia bahasa kebangsaan di negara ini.Ini adalah tindakkan mencabul perlembagaan Negara.

Anonymous said...

kalau AMK PKR nak mencadangkan haram di Selangor, tak ape la.

Saya mencadangkan agar dikeluarkan version Utusan Malaysia untuk ahli sahaja, macam haramjadahdaily tu.

Jadi kami yang tinggal di Selangor ni akan daftar sebagai ahli Utusan, untuk terus membaca Utusan sebagai ahli sahaja.

Dan ingatlah AMK PKR bahawa anda hanya boleh lakukan ini sebelum PRU13 sahaja, sebab lepas tu, anda semua akan padam dari memori kami.

-artis-

dino,yp@gmail.com said...

kebebasan akhbar taik kucing...

kingnek said...

Ya Anak Seberang, bangkitkan isu, baru boleh jadi famous macam GAP dan top ranking blogger yang lain, tapi yang penting, perjuangan mesti ikhlas, ingat tu!

Aku sokong apa kamu ujarkan, kalau Utusan diharamkan di negeri-negeri bawah PR, akhbar mereka WAJIB diharamkan kerana lebih teruk membuat fitnah dan mempunyai agenda anti-Islam!

PR selalu melaungkan kebebasan akhbar . . . POODAAAHHHH!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...