Interesting! Adakah Aku Manusia Tak Berguna?

Sejak kecil aku telah menerima kemudahan kerajaan:
1. Aku dilahirkan di hospital kerajaan.
2. Ibu bapaku pula kakitangan kerajaan.
3. Mendapat gaji, elaun, bonus dan kemudahan lain daripada kerajaan
4. Membeli kereta, pinjaman kerajaan - dan aku memecut laju di lebuhraya yang dibia kerajaan
5. Membeli rumah idaman, hasil pinjaman kerajaan. Beli komputer pun pinjaman kerajaan juga.
6. Bila sakit, mendapat rawatan di hospital kerajaan
7. Masuk tadika, tadika kerajaan

8. Masuk sekolah, sekolah rendah kerajaan kemudian sekolah menengah kerajaan

9. Masuk kolej atau universiti kerajaan (matrikulasi, politeknik atau IPTA) dan meminjam yuran pengajian daripada kerajaan

10. Dapat ke luar negara, dibiayai oleh kerajaan atas dasar berkursus atau berseminar sebagai pegawai/kakitangan kerajaan. Tikit kapal terbang dibiayai oleh kerajaan serta hotel, makan dan minum. (Tapi mesyuarat tak seberapa, aku gunakan kesempatan itu utk makan angin, soping di negara orang)

11. Bila aku bersara, dapat graduiti dan pencen kerajaan (banyak woo aku dapat... dah tak kerja pun aku dapat duit dari kerajaan)

12. Dapat anugerah (kakitangan cemerlang, dato, tan sri dll), penghormatan daripada kerajaan. (Seronok sangat aku dapat gelaran dato, bini aku yang lawa dipanggil datin u...., jadi mudalah pulak!)

13. Semasa berkhidmat, cuti sakit (MC) pun hospital/doktor kerajaan (walaupun kadang-kala tak perlu cuti sakit pun)

14. Segala kemudahan yang aku nikmati hasil usah dan pembangunan yang dibuat oleh kerajaan......

15. Ketika rumah akau dimasuki pencuri, dengan segera aku memanggil Polis Diraja Malaysia. (polis kerajaan tu bang... bukan swasta!)

16. Ni hah, aku guna internet ni hasil usaha kerajaan, juga elektrik dan air di rumah aku...

Tetapi pagi tadi, sebaik sahaja aku terbangun dari tidur, aku terfikir, "mengapa selama ini aku tak bersyukur atau berterima kasih kepada kerajaan? Malah sebaliknya aku sering mencerca, memburuk-burukkan kerajaan?. Apakah aku manusia yang tak berguna. Aku nak kembali ke pangkal jalan. Anda bagaimana?

tq -Semenyih Baru atas artikel ini-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...