Majority Kaum Cina Kembali Menyokong BN di Nibong Tebal?

Tajuk diatas tak boleh tahan. Tapi itulah harapan dan impian AS serta seluruh warga UMNO/BN di Nibong Tebal. Kalau 50% kaum cina kembali menyokong BN di Parlimen Nibong Tebal, InsyaAllah kerusi Parlimen Nibong Tebal akan kembali menjadi milik UMNO/BN. Nampaknya Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Dato' Zainal Abidin Osman bekerja keras demi menjalankan pelbagai gerak kerja demi untuk menambat hati dan kepercayaa kaum cina terhadap BN.

AS puji dengan cara ini pabila Tok Non meluangkan masa dari pagi hingga ke malam menjelajahi penempatan kaum tionghua bagi menyambut perayaan tahun baru Cina serta mengenalpasti mereka yang memerlukan perhatian dan bantuan dari pemimpin. Sebanyak 8 kawasan penempatan utama kaum cina di dalam Nibong Tebal telah diziarahi oleh Tok Non bersama-sama dengan kepimpinan UMNO Bahagian yang lain serta ada juga pemimpin bahagian parti komponen yang hadir di sesetengah lokasi.

Harapnya ada sinar dihati mereka untuk membuka kembali membuka mata dengan mengajak saudara dan kaum mereka menyokong BN walaupun Dato Non bukanlah ADUN atau Ahli Parlimen tetapi tetap sanggup bersusah payah bersama mendekati akar umbi bersama rakyat yang memerlukan.

Kepada rakan parti-parti komponen terutamanya Gerakan dan MCA,kerja kerasla lagi. Jangan hanya harapkan Tok Non saja. Peranan anda lebih besar lagi dalam menambat hati kaum tionghua menyokong BN. MCA di bawah Tan Cheng Liang dilihat agak bergerak juga,tapi macamana dengan Gerakan? Dr Lim Boo Han, aktif la sikit! Kesetiaan dan kesepaduan dalam BN adalah paling penting dalam mencapai misi merampas kembali kerusi Parlimen Nibong Tebal.


Permatang Tok Mahat (DUN Sungai Acheh)

Pekan Sungai Acheh


Bomba Sungai Udang (DUN Sungai Acheh)

Union Pai Teik, Jalan Pintu 10 (DUN Jawi)

Balai Bomba Sukarela, kampung Jawi Camp

Perkarangan Tokong Cina Kampung Changkat (DUN Jawi)

Ziarah Ke Perkampungan Cina Sungai Bakap

Kedai makan Jalan Badak Mati, Sungai Bakap

Bandar Tasek Mutiara (Pusat Kitar Semula)

PROGRAM SUMBANGAN TAHUN BARU CINA 2011,

Y.BHG DATO' ZAINAL ABIDIN OSMAN TURUN PADANG MENYAMPAIKAN SUMBANGAN BERBENTUK HAMPER & ANG POW KEPADA 200 MASYARAKAT CINA NIBONG TEBAL YANG TERDIRI DARIPADA PENDUDUK MISKIN, KURANG UPAYA, IBU TUNGGAL & JUGA KEPADA PESAKIT-PESAKIT BERBANGSA CINA.

DALAM UCAPAN Y.BHG DATO' ZAINAL ABIDIN OSMAN KEPADA MASYARAKAT CINA
BELIAU SANGAT BERBESAR HATI MENYAMBUT TAHUN BARU CINA.

"BULAN SEPTEMBER LEPAS, SEMASA MELAYU RAYA SEMUA KAUM CINA,INDIA DLL DATANG UNTUK MEMBERI SOKONGAN SEMASA HARI RAYA AIDILFITRI, SEKARANG CINA HENDAK RAYA KAMI UMNO DATANG UNTUK MENYAMBUT RAYA BERSAMA MASYARAKAT CINA, NANTI SEMASA DEEPAVALI KAMI UMNO AKAN BERSAMA-SAMA MASYARAKAT INDIA MENYAMBUT PERAYAAN DEEPAVALI... INILAH KEUNIKAN KITA DI MALAYSIA, 1 MALAYSIA."

Y.BHG DATO' ZAINAL ABIDIN OSMAN JUGA MENYAMPAIKAN AMANAT BAHAWA, BELIAU YAKIN MASIH BANYAK LAGI PEMBANGUNAN PERLU DILAKUKAN DI KAWASAN NIBONG TEBAL & BELIAU AKAN BERUSAHA UNTUK MEMAJUKAN KAWASAN NIBONG TEBAL DAN MENGAJAK SELURUH BANGSA MALAYSIA BERSAMA MENUNTUT ILMU & MEMBERIKAN PENDIDIKAN KEPADA ANAK-ANAK AGAR DAPAT MEMAJUKAN MALAYSIA KELAK TERUTAMANYA DI KAWASAN NIBONG TEBAL INI.

3 comments:

KONSEP CONSULTANCY said...

sibuk2 dengan kaum cina melayu jangan pulak dilupai

Anonymous said...

hahaha..syok sendiri ka?

Anonymous said...

jangan dok beli mcm pru lepas dah la.jaga org kita sama.puak tu kira masuk temolok depa dulu.sokong berbayar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...